berita

KJ Jadi Target, Antivaksin Dakwa Guna Tangkal & Empat Jenis Jin Untuk Lindung Diri

October 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas keluarkan kenyataan ingin ‘menyusahkan’ antivaksin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus-menerus menjadi sasaran golongan tersebut.

Artikel Berkaitan: KJ Keluar Kenyataan Nak ‘Susahkan’ Kehidupan Antivaksin, Zul Yahya Tampil Bersuara – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’

Dakwa guna empat jin

Terbaru, Khairy atau lebih mesra disapa KJ mendedahkan menerima tohmahan tidak logik daripada antivaksin.

Menerusi Instagram Stories miliknya, KJ memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan di aplikasi Telegram yang mendakwa dia menggunakan tangkal dan jin bagi melindungi dirinya.

Cuba teliti apa yang KJ pakai dekat tangan.

KJ ada guna tangkal dekat tangan kiri. Ada 4 jenis jin syaitan yang dia guna untuk lindungi diri.

Balas dakwaan tak berasas

Tidak mendiamkan diri, KJ dengan tenang menjawab dakwaan tersebut. Kata KJ, dia menggunakan empat jenis ‘jin’ vaksin untuk seluruh rakyat Malaysia.

Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino.

Semalam, KJ memberitahu akan ‘menyusahkan’ kehidupan golongan antivaksin meskipun kerajaan mungkin tidak mewajibkan vaksin.

Tegas beliau, kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Sumber: Instagram @khairykj, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×