berita

KJ Yakin Malaysia Bakal Capai Imuniti Kelompok Oktober Ini

July 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang Parlimen Malaysia hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa imuniti kelompok (herd immunity) boleh dicapai pada bulan Oktober ini.

80 peratus populasi akan menerima vaksin

Menurut Khairy, pada mulanya beliau menjangka imuniti kelompak di Malaysia bakal dicapai pada bulan Februari tahun 2022. Namun begitu, jangkaan tersebut sudah berubah dan dipercayai boleh dicapai pada bulan Oktober nanti. Ini kerana, hampir 80 peratus rakyat Malaysia dianggarkan sudah menerima vaksin pada masa tersebut.

Menerusi perancangan awal, sasaran PICK bagi mencapai sasaran 80 peratus penduduk Malaysia menerima vaksin dijangka diselesaikan pada Februari tahun 2022. Namun begitu, tempoh masa ini telah disingkatkan pada Disember 2021 apabila mengambil kira keadaan penularan wabak Covid-19 yang sangat membimbangkan untuk tempoh beberapa bulan ini. Garis masa ini diawalkan lagi dalam pengumuman Perdana Menteri untuk kita berusaha selesai pada bulan Oktober nanti. Justeru, strategi pelaksanaan PICK meliputi empat fasa utama iaitu mengikut keutamaan kumpulan sasaran selepas 80 peratus populasi akan menerima vaksin.

Antara empat fasa yang turut disebut oleh Khairy dalam sidang parlimen tersebut adalah seperti berikut. Fasa yang pertama, vaksin diberikan kepada petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan di luar KKM yang melibatkan anggaran seramai 500 ribu orang. Fasa kedua pula, vaksin diberi bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan golongan oku. Fasa ketiga, vaksin diberikan kepada warganegara dan bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi mencapai sasaran populasi berjaya divaksinasi melibatkan anggaran seramai 14 juta orang. Fasa keempat pula merupakan fasa kawalan wabak yang berlangsung sepanjang masa mengikut penilaian semasa.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×