berita

KKM Nafi Kes Covid-19 Di Perak Merupakan Varian Omicron

November 30th, 2021 | by Iman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: The Guardian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini menafikan tentang dakwaan Varian Omicron telah dikesan di Perak seperti yang ditularkan oleh pengguna di media sosial.

Tiada varian Omicron

Kredit foto: Malaysiakini

Menerusi akaun rasmi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKM menafikan kesahihan berita tular yang mendakwa ianya adalah varian baru, varian Omicron iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta telah dikesan di Perak adalah tidak benar dan ianya palsu.

Menurut KKM lagi, setakat ini masih tiada lagi kes Covid-19 yang melibatkan varian Omicron dikesan di Malaysia. Dalam pada itu, KKM turut menyarankan orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih dan tidak pasti sumbernya.

Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih

Sumber: KKMPutrajaya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×