berita

‘Harap-Harap, Jangkitan Kali Kedua Ini Tidak Mengganggu Peti Suara Saya’- Siti Nurhaliza

December 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Kes Covid-19 yang semakin meningkat telah memberi kesan kepada ramai orang. Malah, baru-baru ini penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza turut dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Jawab Kritikan Album Marketing Macam Zaman Batu – ‘Sabar Sikit Ye..’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Tak Halang Peminat Panggil ‘Tokti’ – ‘Kalau Acara Formal Perlu Sebut Nama Betul’

Aset utama

Memetik laporan Harian Metro, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin mengakui risau jangkitan Covid-19 ini akan mengganggu peti suaranya yang menjadi aset utama.

Tambahnya lagi, jangkitan yang kedua ini berbeza dengan jangkitan pertama di mana Siti mengalami sakit badan dan demam yang teruk.

Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas.

Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun turut berpesan kepada masyarakat diluar sana supaya sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan Covid-19 yang semakin meningkat ini dan segera membuat pemeriksaan jika mengalami masalah kesihatan.

Dalam keadaan sekarang yang semakin meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan.

Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama tiga hari.

Pelantun Anta Permana itu bersyukur dengan keadaan suaranya yang makin baik malah dapat kembali menyanyikan lagu lamanya.

Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.

Kalau tak, rasa ‘berat’, kasar dan nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.

Tiba-tiba, saya dijangkiti Covid-19 semula. Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja.

Sekadar info, Siti pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2022 sehingga mengganggu peti suara dan pernafasannya menjadi pendek.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×