berita

KKM Terima Sumbangan 100 Katil Elektrik Canggih Untuk Pesakit Covid-19

April 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong memaklumkan bahawa sebanyak 100 buah katil untuk unit rawatan rapi (ICU) telah selamat tiba dan diedarkan di hospital kerajaan semalam. Tambahnya, katil elektrik yang canggih itu disumbangkan oleh Yayasan Petronas buat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan merawat pesakit Covid-19.

Diedarkan ke hospital kerajaan

Sebahagian daripada 100 buah katil ICU tiba di Malaysia pada awal pagi kelmarin dan mula diedarkan ke hospital kerajaan semalam! Tahniah dan syabas kepada Yayasan Petronas yang bermurah hati menyumbang 100 buah katil elektrik ICU yang canggih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan merawat pesakit Covid-19. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas budi baik pihak Yayasan Petronas!

Katil ini ditempah khas dari Pukang Medical Equipment iaitu sebuah pengilang kelengkapan perubatan yang terbesar di Hebei, China. Ketika ini, kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Italy, Sepanyol, UK dan Amerika Syarikat tertumpu kepada negara China untuk mengimport katil ICU bagi kegunaan di negara masing-masing. Untuk membawa masuk 100 buah katil ICU yang beratnya 250kg setiap unit ini bukanlah perkara yang mudah. Ianya hanya dapat diangkut ke Malaysia dengan menggunakan 3 pesawat.

Meminta bantuan CAAC

Memandangkan pihak berkuasa penerbangan China (CAAC) telah menyekat kemasukan warga negara asing ke negara mereka (lockdown) sejak 28 Mac yang lalu, maka Kementerian Pengangkutan terpaksa meminta bantuan CAAC supaya membenarkan Teleport, cabang logistik dan kargo AirAsia untuk berlepas ke Tianjin dan Beijing untuk memunggah kesemua 100 buah katil ICU ke Malaysia secara berperingkat.

Akhirnya CAAC mengizinkan pesawat pertama AirAsia jenis Airbus330 terbang ke Tianjin kelmarin untuk mengangkut 28 buah katil ICU memandangkan saiz katil ICU ini terlalu besar dan mencapai muatan maksima pesawat. Kita masih lagi menanti isyarat daripada CAAC untuk mengaturkan pesawat AirAsia mengangkut baki 72 buah katil ICU dalam tempoh terdekat.

Katil ICU ini membantu menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan. Terima kasih Yayasan Petronas, Teleport, AirAsia Kargo, pihak Kedutaan China di Malaysia dan pihak Wisma Putra yang mempermudahkan urusan pengangkutan katil ICU dari negara China ini.

Sumber: Wee Ka Siong

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×