berita

KKMM Lancar Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022, Netizen Cakap Macam Logo WiFi?

July 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (MenKOMM) melancarkan logo serta tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Auditorium Perdana Angkasapuri, hari ini.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah logo tersebut yang kelihatan seperti diolah daripada logo WiFi.

‘Logo wifi ada jerawat?’

Menerusi tinjauan di beberapa laman media sosial, netizen kurang gemar dengan logo baharu itu dan mempersoalkan rupanya yang seperti hanya diolah daripada logo asal WiFi.

Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan bahawa logo tersebut kurang nilai kreativiti kerana berbentuk seperti logo wifi yang diubah warnanya, dan diletakkan tiga buah bulatan.

Rasional logo

Menerusi slaid perbentangan dalam sesi ‘Live’ yang dimuat naik di halaman Facebook KKMM, logo Hari Kebangsaan tahun ini mengguna pakai konsep Internet yang mewakili pendigitalan dan infrasturktur komunikasi berkembang pesat untuk kemudahan rakyat.

Tiga lengkungan dengan warna berbeza, biru, kuning, dan merah melambangkan ‘Keluarga Malaysia’ yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan latar belakang, dan setiap titik bulat di setiap calitan gelombang dikatakan mewakili keterbukaan setiap kaum dalam meraikan kepelbagaian landskap Keluarga Malaysia.

Satu lagi titik tunggal di bawah tiga lengkungan itu pula mewakili identiti yang dilindungi keluarga ini.

Sumber: Facebook KKMM, BERNAMA

SKIP THIS AD ×