berita

Ini Top 20 Lokasi Aktiviti Outdoor Menyeronokkan Pilihan OHBULAN! Yang Korang Wajib Cuba!

January 30th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2020. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Setakat ni, berapa banyak aktiviti mencabar dan pengembaraan yang korang dah turut serta? Tak ada langsung? Korang memang rugi…

Kalau korang tak ada idea, kali ni, admin dengan kerjasama Tourism Malaysia senaraikan 20 lokasi aktiviti outdoor yang korang wajib cuba. Pastinya bakal memberi menyeronokkan buat korang bersama rakan-rakan. Dapat buat satu pun jadilah!

1. Water Rafting Sungai Sedim, Kedah

Terletak berhampiran pekan Karangan dan Hutan Simpan Gunung Inas, Hutan Rekreasi Sungai Sedim di Kulim, Kedah adalah satu-satunya lokasi di negeri Barat Laut yang wajib dikunjungi oleh penggemar sukan kayak bagi mencabar diri mereka melalui aktiviti whitewater rafting.

Sepanjang laluan 16km yang disediakan, korang akan menempuh 24 halangan seperti batu besar dan pelbagai lagi halangan mencabar yang menjanjikan keseronokan bersama rakan-rakan. Harga bermula RM190/seorang untuk 2 jam rafting berserta latihan dan makan tengahari.

2. Skyrides Balloon, Putrajaya

Kalau korang belum pernah naik belon panas, silalah berkunjung ke Putrajaya dan rasai pengalaman menaiki belon helium pertama dan terbesar di Malaysia, Skyrides Balloon yang mampu mencecah ketinggian sehingga 500 kaki di udara.

Boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu masa, Skyrides Balloon sangat eco-friendly, selamat dan korang boleh nampak pemandangan sejauh 20 batu di hadapan. Memang cantik kalau ambil gambar!

Harga untuk dewasa RM38 dan RM30 untuk kanak-kanak

3. Boat Cruise di Putrajaya

Sesekali best juga kalau dapat santai-santai atas tasik hirup udara segar kan? Jom ke Tasik Putrajaya dan enjoy menaiki bot mewah berhawa dingin atau perahu buatan tangan pakar Melayu dari Kampung Duyung, Terengganu atas Tasik Putrajaya bersama keluarga atau rakan-rakan.

Pakej paling murah adalah perahu yang mengambil masa kira-kira 20 minit berharga RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Manakala, pakej bersiar-siar di atas bot mewah berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Untuk korang yang nak berpiknik atas bot, terdapat juga pakej bot piknik berharga RM50 untuk satu bot.

4. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Gunung Jerai, Kedah

Bagi korang yang nak keluar sekejap dari Lembah Klang, apa kata datang ke Gunung Jerai, Kedah kerana ada baaanyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sana bersama rakan-rakan dan keluarga. Antaranya…

Mandi-manda di hutan simpan dan air terjun
Terdapat banyak kawasan korang boleh terokai untuk mandi-manda dan berpiknik sekitar Gunung Jerai seperti Hutan Lipur Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Hutan Lipur Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar dan Hutan Lipur Rekreasi Tupah. Make sure bawak bekalan makanan secukupnya!

Lawat Muzium Perhutanan
Terletak di puncak gunung, Muzium Perhutanan yang berhampiran dengan Taman Rimba ini dibina dari kayu suatu ketika dulu. Bentuknya juga seakan-akan sebuah rumah tradisional Melayu, jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Perhutanan kerana terdapat berbagai khazanah hutan yang boleh korang lihat di sana.

Singgah di Telaga Tok Sheikh
Telaga Tok Sheikh yang terletak lebih atas dari Muzim Perhutanan adalah tempat bersejarah di Gunung Jerai dan milik seorang ulama dari Tanah Arab bernama Sheikh Abdullah Sheikh Jaafar Kumiri yang datang ke Kedah pada zaman kerajaan Kedah Lama menurut sejarah.

Ada yang percaya, air Telaga Tok Sheikh mujarab untuk mengubati penyakit. Malah ada pelancong yang datang dari jauh semata-mata untuk mandi dan membawa pulang air dari telaga ini untuk diminum kerana dikatakan boleh membantu wanita yang sukar untuk mengandung.

5. Meneroka Gua Rusa, Mulu Sarawak

Terletak di Taman Negara Mulu, Gua Rusa yang dikenali sebagai gua terbesar dunia sehingga tahun 2009 ini merupakan sebahagian daripada khazanah geologi terbesar dunia. Di dalamnya pelbagai pelbagai arca semulajadi yang terbentuk jutaan tahun lalu seperti stalaktit yang tergantung dan stalakmit.

Untuk ke sana, korang perlu ke Miri dengan kapal terbang. Kemudian menaiki bas atau kereta, seterusnya menaiki bot ekspres menyusuri Sungai Baram hingga ke Marudi dan terus ke Long Terawan. Akhir sekali, menaiki bot panjang ke Taman Negara Mulu.

Keseluruhan perjalanan lazimnya mengambil masa hampir 12 jam. Tapi, sepanjang perjalanan korang akan dapat melihat beberapa rumah panjang kaum Iban yang menarik.

6. Menyelam di Kapalai Island, Sabah

Penat bekerja sekali sekala seronok juga kalau dapat tengok hidupan di dasar laut. Jom menyelam di dasar Pulau Kapalai, Sabah bagi melihat hidupan laut yang pelik, unik dan jarang kita tengok di dasar lautan lain.

Bagi sesetengah pelancong, Pulau Kapalai terkenal dengan permukaan airnya yang jernih sehingga korang boleh nampak dasar laut dan hidupan yang ada dengan jelas. Malah, korang hanya perlu menaiki bot laju selama 45 minit untuk sampai ke sana dari Semporna.

Terdapat banyak pengusaha yang menawarkan pakej menyelam pada harga berpatutan seperti Sipadan-Kapalai Dive Resort pada harga RM1,950 selama 3 hari 2 malam berserta penginapan untuk 2 orang.

7. Mandi air terjun di Jeram Perlus, Hulu Langat, Selangor

Kalau korang suka mandi air terjun, korang wajib berkunjung ke Jeram Perlus di Hulu Langat. Jarang orang ke sana kerana ia terletak kira-kira 8km ke dalam hutan. Sepanjang perjalanan, korang boleh nikmati keindahan hutan hijau yang memukau dan pastikan ada kawan sekurang-kurangnya 5 orang.

Ini kerana, jalan untuk ke kawasan air terjun agak mengelirukan. Peluang untuk korang sesat adalah tinggi, lagi-lagi bila korang baru first time datang ke sana. Sebaiknya, upahlah tour guide.

8. Memancing dan berpiknik dalam Houseboat, Taman Negeri Royal Belum, Perak

Siapa pernah tengok filem Anaconda, mesti tau macam macam rupa houseboatWell, korang boleh enjoy percutian atas houseboat dengan kawan-kawan di Royal Belum yang terletak di Tasik Banding, Perak. Banyak aktiviti korang boleh buat dekat Royal Belum antaranya…

  • Trekking melihat bunga Pakma atau Rafflesia
  • Memancing
  • Trekking ke Santuari Ikan atau melihat kawasan sira haiwan di mana haiwan-haiwan mendapatkan garam mineral di sana
  • Ambil sebanyak gambar yang boleh dalam suasana hijau hutan

Bagi korang yang nak ke Royal Belum dan menyewa houseboat, ini antara apa yang korang akan dapat…

  • 3 Bilik muat 3 orang satu bilik
  • 2 Dorm muat 8 orang satu dorm
  • Satu kipas setiap bilik
  • Tandas 4 (2 cangkung & 2 duduk)
  • Peralatan disediakan termasuk Gas, Peti Ais, Arang BBQ dan umpan memancing
  • Jaket keselamatan
  • 2 Bot kecil
  • 2 Rakit
  • Set Karaoke

Untuk pengetahuan, harga untuk pakej houseboat di Royal Belum ni berbeza-beza. Apa yang admin boleh share setakat ini, permit masuk Taman Negara Royal Belum adalah RM15 dan sudah termasuk dengan pancing. Kalau korang nak bawa pancing atau kamera, caj tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan.

9. Paragliding di Bukit Jugra

Aktiviti Paragliding di Bukit Jugra makin popular di kalangan paragliders dan pelancong dari dalam dan luar negara. Sukan lasak ini wajib dicuba sekiranya korang berkunjung ke Bukit Jugra, selain mencuba aktiviti lain seperti hiking dan Downhill Drift Trikes.

Tandem Paragliding yang disediakan di Bukit Jugra mampu menampung berat sehingga 240kg dan korang dijamin selesa serta selamat kerana ia melekat pada korang dan ada pengajar yang akan menjaga segalanya. Korang boleh kawal paraglide sendiri atau enjoy view sambil ambil gambar. Senang je nak control!

Waktu sesuai untuk paragliding: Antara Mac hingga September, bergantung pada keadaan angin

10. Snorkeling di Pulau Renggis

Pulau Renggis adalah pulau kecil berhampiran Kampung Tekek dan bersebelahan Berjaya Tioman Resort. Terdapat lokasi snorkelling termasuk pakej mengelilingi pulau, Renggis menawarkan pemandangan bawah laut sedalam 20m.

Korang boleh nampak terumbu karang yang banyak, hidupan laut berwarna-warni dan berpeluang untuk berenang bersama anak jerung. Kalau korang bertuah, korang boleh nampak penyu laut di dasar!

11. Menaiki helikopter mengeliling Kuala Lumpur

Pernah tengok macam mana pemandangan Kuala Lumpur dari atas? Jom rasai pengalaman 30 minit menaiki helikopter melihat pemandangan menakjubkan sekitar Kuala Lumpur dan kawasan sekitar. Setiap pusingan bakal memberikan gambaran dan pandangan berbeza!

Dalam pakej yang ditawarkan, ia turut disertakan satu cenderahati dan sijil penyertaan serta perlindungan insuran. Yang penting, jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar banyak-banyak!

12. Lihat penemuan semulajadi di Kilim Geopark, Langkawi

Juga dikenali sebagai Kilim Karst Geoforest Park, kawasan berkeluasan 100 kilometer persegi di Langkawi ini adalah rizab alam semulajadi bagi pengumpulan flora dan fauna, pembentukan geologi menakjubkan seperti batu kapur, fosil, gua, pantai dan banyak lagi.

Korang boleh melihat semua penemuan ini dengan menaiki motor boat bermula dari Kilim Jetty atau kawasan Tanjung Rhu. Lebih baik, upah pemandu pelancong untuk menikmati setiap tarikan di Kilim Geopark.

13. Meluncur di Pantai Batu Burok, Terengganu

Bagi korang yang suka meluncur, jom ke Pantai Batu Buruk di Terengganu. Pantai yang dipenuhi pasir putih di Malaysia ini sangat terkenal dengan aktiviti luncur dikalangan peluncur seluruh Malaysia dari Oktober hingga Mac.

Hanya terletak 2 minit dari pusat bandar Kuala Terengganu, terdapat ruang parking yang luas untuk kemudahan korang, selain kedai menjual barangan cenderamata. Malah, ia juga sentiasa dipenuhi dengan peluncur yang mesra, boleh belajar meluncur dengan diorang!

14. Berbasikal di sawah padi Sekinchan, Selangor

Sesekali nak lari dari kesibukan ibu kota, jom berbasikal di sawah padi di Sekinchan, Selangor dan rasai udara bersih serta suasana mendamaikan bertemankan kicauan burung-burung di udara.

Terdapat banyak jenis basikal boleh dipilih pada harga sewaan antara RM10 hingga RM50 sejam.

15. Flyboarding di Putrajaya

Selain bersiar-siar atas bot atau perahu, Tasik Putrajaya juga menawarkan aktiviti Flyboarding iaitu menaiki peranti hydrojet hoverboard atas Tasik Putrajaya.

Pakej bermula pada harga RM397.22 di TripAdvisor, korang akan dapat air botol minuman dan helmet berserta jaket keselamatan untuk aktiviti yang mengambil masa kira-kira 2 jam itu.

16. Rasai pengembaraan menaiki ATV di Slim River, Perak

Menyelusuri kampung, sungai, kebun buah, air terjun, gunung dan hutan menaiki ATV sememangnya menyeronokkan. Justeru, dua laluan iaitu Lubuk Laut Waterfall dan Lubuk Embun Waterfall di Slim River, Perak pastinya lokasi ideal buat korang yang nakkan pengembaraan mencabar.

Tapi, sebelum korang mendaftar, make sure korang berumur 16 tahun ke atas dan berat kurang dari 150kg untuk menaiki ATV. Pastikan juga korang berpakaian sopan untuk perjalanan yang selesa!

17. Zipline di Kota Kinabalu, Sabah

Coral Flyer Zipline di Kota Kinabalu, Sabah menawarkan pakej menyeronokkan yang membolehkan korang terbang dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Contohnya, dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi di Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP).

Korang tahu tak Coral Zipline Kota Kinabalu, Sabah ini adalah zipline terpanjang di Borneo dan kedua terpanjang di dunia! Dari atas, korang boleh nampak air laut yang jernih di TARP dan terbang macam ‘Superman’. Rasakan keseronokannya!

18. Mountain Torq: Mount Kinabalu via Ferrata

Mountain Torq Via Ferrata terletak pada ketinggian 3,776 meter aras laut dan disahkan oleh Guinness World Records sebagai tertinggi di dunia “via ferrata”. Kalau korang sukakan ketinggian dan cabaran, cubalah sertai pengembaraan ini dengan kawan-kawan!

Dengan sistem laluan yang ditambahbaik dan peranti yang canggih bertemankan jurulatih berpengalaman, korang pasti takkan dapat melupakan pengembaraan ini apabila sampai di puncak!

19. Saksikan air sungai bertukar biru ajaib dan pantulan langit atas air laut

Pernah tak korang nak lawat fairyland di mana air kat sana bersinar sekan-akan warna biru ajaib? Kalau ya, korang patut datang ke Sky Mirror Tour & Travel, Kuala Selangor.

Selama 45 minit perjalanan menaiki bot dalam gelap, korang akan nampak lampu biru phosphorescence menghidupkan suasana sungai hitam pada harga RM25 seorang. Memang berbaloi!

Selain itu, Sky Mirror Tour & Travel juga menyediakan Sky Mirror tour di mana korang dapat ‘berjalan atas air’ kerana ada pantulan langit di permukaan air laut.

20. Parasailing di Batu Feringgi, Pulau Pinang

Teringin nak tengok pemandangan dari atas sekitar pantai Batu Feringgi di Pulau Pinang? Jom try parasailing dan saksikan pemandangan indah tepi pantai yang menenangkan pada harga serendah RM60-RM75 seorang selama 20 minit.

Pastikan korang mendapatkan servis dari 23 penyedia sukan air yang merupakan ahli Penang Watercraft Operators Association dan mempunyai permit parasailing Penang Island City Council (MPPP) dari Jabatan Marin tau sebab pernah terjadi beberapa kemalangan membabitkan parasailing sejak beberapa tahun lalu.

Mana satu aktiviti yang korang nak cuba?

Geram kan tengok aktiviti yang admin senaraikan tadi? Jomlah ajak kawan-kawan atau keluarga luangkan masa bersama!

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi-lokasi ini, layari laman web Tourism Malaysia atau check out Facebook & Instagram Tourism Malaysia untuk lebih banyak kisah-kisah travel yang memberi inspirasi!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×