berita

Kluster PUI Sivagangga, Meranti, Muda,Kurau Disahkan Tamat

September 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Empat kluster Covid-19 yang melibatkan Kluster PUI Sivagangga, Meranti, Muda dan Kurau diisytiharkan sebagai tamat kerana tiada kes baharu direkodkan selepas 28 hari atau dua kali tempoh inkubasi. Tempoh inkubasi yang biasa adalah selama 14 hari atas saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keempat-empat kluster ini mencatatkan sebanyak 100 kes dan tiada kes kematian dilaporkan.

4 kluster diisytiharkan tamat

 

 

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia  4 kluster yang melibatkan Kluster PUI Sivagangga, Muda, Meranti dan Kurai diisytiharkan sebagai tamat kerana tiada kes baharu yang direkodkan selepas 28 hari.

Empat kluster ini sebelum ini aktif di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Status terkini

Setakat 7 September, Malaysia mencatatkan sebanyak 9,521 kes Covid-19 dan melibatkan 128 mangsa kematian.

Rakyat Malaysia disaran untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka di tempat awam, kerap mencuci tangan dan terus membuat pemeriksaan di hospital yang berdekatan jika mempunyai kontak rapat dengan mangsa Covid-19 bagi membendung penularan wabak ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×