berita

‘Ko Sakit Ke Mat?’ – Sharnaaz Ahmad

March 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, pelakon, Sharnaaz Ahmad sempat memuat naik komen dan pandangannya mengenai persembahan para finalis yang bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke-36, malam ini.

Ko sakit ke mat?

Sharnaaz sempat memuat naik satu tweet yang berbunyi ‘ko sakit ke mat?’ sebaik sahaja penyanyi, Yonny Boii selesai melakukan persembahan. Yonny yang menyanyikan lagu ‘Salahku’ kelihatan ‘in character’ ketika melakukan persembahan tersebut dari awal sehingga akhir. Lebih mencuri tumpuan, Yonny dilihat tergantung setelah selesai melakukan persembahan.

Menerusi komen tersebut, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan Sharnaaz dan menyatakan Yonny Boii sengaja memilih tema ‘sakit’ untuk persembahannya malam ini.

Berdiri bulu uban jambang aku

Pelukkan angkasa SUPERB MUSIC! Berdiri bulu uban jambang aku. SOG dan Shila kalau tak menang, baik bubar je AJL.

Selain Yonny Boii, Sharnaaz turut menyatakan bahawa lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah mampu membuatkan bulu jambangnya berdiri. Tambah Sharnaaz, dia berharap lagu tersebut meraih tempat di Anugerah Juara Lagu kali ini.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×