Bersempena sambutan Ulang Tahun yang ke-40, TV3 sekali lagi menjalinkan kolaborasi bersama jenama tudung terkenal iaitu Tudung Ruffle.
Untuk edisi kali ini, kami memperkenalkan corak moden dan minimalis dengan harga yang berpatutan, yang semestinya dapat menambat hati semua peminat tudung bawal dan penonton TV3.
Kolaborasi kali ini kami membawakan dua jenis rekaan, iaitu rekaan pertama bermotifkan abstrak moden.
Artikel Berkaitan: Raikan Ulang Tahun TV3 Ke-40 Dengan Nostalgia, Inovasi & Keseronokkan
Artikel Berkaitan: Mega! Lebih 6,000 Pengunjung Hadir Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 TV3
Lain dari yang lain
Kolaborasi kali ini kami membawakan dua jenis rekaan, iaitu rekaan pertama bermotifkan abstrak modern. Corak kali ini sedikit berbeza dengan corak yang ada di pasaran kerana mempunyai ciri-ciri rekaan yang sangat unik iaitu element Sri Pentas.
Ia bagi melambangkan kolaborasi unggul, bangunan Sri Pentas yang menjadi ikonik untuk rakyat Malaysia kerana sudah lama bertapak di Damansara Utama.
Dalam pada itu, ‘film strip’ juga dijadikan sebagai lambang rangkaian TV3 yang telah memperkenalkan pelbagai rancangan menarik sepanjang 40 tahun bersiaran.
Corak yang pertama tersebut mempunyai tiga warna kesemuanya yang diberi nama Azalea Storm, Lestary Rose dan Akasia Ink. Ia dinamakan bersempena nama-nama slot drama di TV3.
Bagi corak yang kedua, sebanyak lima warna keseluruhanya iaitu, Zehra Almond, Samarinda Sand, Sakura Blush dan Iris Cloud. Bagi rekaan kedua ini, kami menyajikan corak bunga-bunga kecil dan warna-warna lembut yang sesuai digayakan oleh setiap lapisan umur. Sinonim dengan perayaan ulang tahun, element ribbon juga ditambah sebagai pemanis dan melengkapkan lagi corak tersebut.
Antara elemen lain yang menarik adalah penggunaan material premium cotton voile yang mudah dibentuk dan ringan, sekali lagi ia dapat memikat dan memudahkan untuk semua wanita di luar sana.
Jenama Tudung Ruffle itu sendiri tidak asing lagi bagi jenama tudung bawal di Malaysia, oleh itu anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi kolaberasi menarik ini kerana stok adalah terhad!
Dapatkan koleksi edisi terhad ini di www.tudungruffle.com ataupun di IOI Putrajaya dan TRX.