Tanpa kita sedari, penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari. Kes ini bukan sahaja berlaku di dalam negara malah ianya turut berlaku secara meluas di seluruh dunia.
Terbaru, terdapat perkongsian di laman Facebook memaparkan koleksi lukisan yang dilukis oleh kanak-kanak yang menderita dengan penderaan seksual. Hasilnya sangat mengejutkan!
Lukisan gambarkan perasaan
Lukisan tersebut dilukis oleh seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Toni berusia 6 tahun. Toni mengalami penderaan seksual di persekitarannya iaitu keluarga. Ketika ditanya mengenai si pendera, Toni mengatakan bahawa ‘dia adalah monster’ dan menggambarkan dalam lukisan tentang organ seksual dan bagaimana dia ejakulasi.
Andrea yang berusia 10 tahun juga mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan Toni. Mereka hidup dalam persekitaran keluarga yang mengalami penderaan seksual. Andrea mengekspresikan kesengsaraan tersebut secara terperinci menerusi lukisan. Berdasarkan gambar kelihatan bagaimana pendera terbabit memegangnya. Kanak-kanak ini merasa malu mahu menceritakan apa yang terjadi kepadanya. Oleh itu dia bersetuju untuk tidak bercakap sebaliknya hanya menulis ‘ya’ atau ‘tidak’ terhadap soalan yang dikemukakan.
Didera secara fizikal dan seksual
Lukisan di sebelah kiri menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun telah didera oleh bapanya. Paling mengejutkan apabila si bapa menyuruhnya dia melakukan perbuatan lucah. Garisan panjang (lidah) yang keluar daripada mulut seakan-akan sedang ‘menjilat’ kemaluan bapanya sendiri.
Sementara itu, Fernando yang berusia 13 tahun turut didera secara fizikal dan mental oleh bapanya sendiri. Difahamkan, kini Fernando tinggal bersama ibunya. Mereka berjaya membina kehidupan baru tanpa kehadiran si bapa. Kanak-kanak ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja tetapi kadangkala dia sering bertengkar dengan guru dan rakan kelasnya. Dalam lukisan tersebut, Fernando menggamabarkan bapanya seperti ‘syaitan’ yang berada di bar sendirian kerana orang sekeliling takut dengannya. Bapa Fernando seorang pemabuk dan berbau alkohol selain sering berjudi.
Lukisan mengejutkan ramai
Ester yang baru sahaja berusia 9 tahun telah melukis posisi dirinya apabila bersama pendera. Menurut kanak-kanak ini, dia diletakkan di atas badan pendera terbabit sebelum dirinya diliwat.
Pakar psikologi telah meminta Elisa melukis bagaimana perasaannya ketika didera. Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini melukis dirinya tanpa badan sedang menjerit dengan matanya membutang serta mulutnya terbuka luas. Berdasarkan gambar kita dapat menyaksikan betapa takutnya Elisa ketika dia didera.
Penderitaan kanak-kanak bawah umur
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun telah diserang secara fizikal dan seksual oleh rakan kelasnya. Dalam lukisan tersebut menggambarkan penyerangnya yang memiliki kepala yang agak kecil dan tangannya besar. Tidak cukup dengan itu, Marcos melukis secara terperinci apa yang ada pada baju penyerang itu terutamanya zip seluar. Dia masih ingat apabila dipaksa ‘tunduk’ ketika diserang.
Sementara itu, Joan pula melukis penyerangnya berada di dalam gua dan dikunci dengan mangga.
Pernah tonton filem pornografi
Marina berusia 5 tahun telah didera oleh bapanya ketika berusia 4 tahun lagi. Dia melukis filem pornografi yang telah ditonton bersama bapanya. Marina memberitahu karakter yang dilihatkan dalam filem tersebut berada dalam keadaan berbogel dan melakukan ‘sesuatu’ yang teruk. Sementara itu, bulatan dalam gambar tersebut membawa maksud televisyen.
Isabela pula mengalami penderaan seksual di persekitaran keluarga. Di bahagian kanan bawah gambar, Isabel melukis penyerang yang menderanya. Dia menjelaskan, bahawa individu terbabit akan mengangkatnya ke kerusi untuk berada pada ketinggian yang sama dengannya dan meliwatnya sementara adik lelakinya di kiri atas (di pintu) sedang memerhatikan apa yang berlaku.
Didera bapa sendiri
Sejak kecil, Sergio menderita penderaan psikologi dari ayahnya. Penderaan itu berlaku pada awal usia remajanya. Dalam lukisan itu, dia menggambarkan dirinya pada salib dan tidak dapat melepaskan diri daripada ayahnya. Momen ini menggambarkan bagaimana dia sering diseksa dan warna hitam itu melambangkan perasaan bersalah, kesepian dan putus asa. Lukisan ini diakhiri dengan pedang tegak menunjukkan kekuatan dan keinginan untuk terus berjuang untuk meningkatkan kualiti hidup.
David berusia 8 tahun mengalami penderaan seksual. David menarik penyerangnya dengan mata bercahaya terutama dengan menandakan organ seksual. Di sebelahnya, ditulis kata-kata yang berkaitan dengan penderaan yang ditanggung seperti ‘Orang yang menyakiti saya dan saya akhirnya mengatakan bahawa benar bahawa dia melakukan itu kepada saya’.
Sementara itu, Elena mengaku menderita dan dianiaya oleh ayahnya. Sekarang kanak-kanak berusia 6 tahun ini tinggal bersama neneknya. Lukisan itu menggambarkan si bapa melakukan hubungan seks dengannya. Elena menulis “dia berkelakuan buruk’. Karakter paling besar dalam gambar ialah nenek Elena sedang tersenyum menyambut kedatangannya.
Sumber: Advance Forensic and Criminal Justice ,Tanatoxia Zero