Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) sering berkongsi koleksi pantun buat para pengikut mereka di media sosial. Namun sejak belakangan ini, netizen mendakwa pantun yang dikongsikan itu mempunyai kaitan dengan isu semasa dan seolah-olah mengutuk pihak tertentu.
Berikut merupakan beberapa koleksi pantun yang dimuat naik DBP di akaun media sosial mereka.
Apa guna melompat pagar
Antara pantun yang dikongsikan oleh DBP di media sosial ialah ‘Apa guna melompat pagar, bila kaki awak tersangkut, apa guna bercakap besar, bila janji tidak diikut’. Pantun ini didakwa ditujukan kepada individu yang tengah viral sekarang ini.
Buktinya belum ada
Di samping itu, terdapat juga peribahasa ‘Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan’. Peribahasa ini didakwa seakan teguran kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Nakalnya DBP
Sesuai dengan keadaan sekarang
Rata-rata netizen mendakwa DBP ‘nakal’ dan seolah-olah memberi kiasan terhadap segelintir pihak. Malah, mereka turut bertanya apa maksud yang tersirat yang ingin disampaikan. Tidak kurang juga, ada yang memuji tindakan DBP untuk mengekalkan budaya pantun di Malaysia.