berita

‘Kompaun RM50k Bukan Hukuman Mati’ – Ketua Polis Negara

April 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai tiga orang peniaga yang dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu di Kelantan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Terbaru, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu bahawa peniaga tersebut masih boleh membuat rayuan dan memberi alasan yang munasabah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan hukuman mati

Itu bukanlah ‘hukuman mati’ (bukan muktamad), saya sudah berkali-kali nyatakan mereka boleh merayu (kepada Kementerian Kesihatan). Ia bukan ‘mati’ di situ, boleh merayu dan berikan faktor-faktor yang boleh dimaafkan atau diringankan jumlah kompaun.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya akan mendapatkan perincian sebenar mengenai kejadian itu. Tambah Hamid, beliau ingin mendengar alasan kedua-dua belah pihak. Pada masa yang sama, beliau percaya yang anak buahnya melakukan kerja tersebut dengan ikhlas.

Mahu dengar kedua-dua belah pihak

Saya hendak mendengar kedua-dua belah pihak, saya percaya anak buah saya lakukan kerja itu dengan ikhlas tetapi mereka yang terkesan tadi rasa ia tidak adil.

Terdahulu, seorang peniaga burger, pemilik kedai runcit serta peniaga colek dikenakan kompaun oleh pihak polis atas kesalah masih berniaga melebihi had masa yang telah ditetapkan. Kesemua mereka mempunyai alasan tersendiri mengenai kejadian yang berlaku pada masa tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×