berita

Kongsi Bibit Cinta, Sasha Saidin Mengaku Pernah ‘Simpan Perasaan’ Pada Suami Sejak Zaman Sekolah

January 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi popular, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak ipar kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan baru sahaja menamatkan status ibu tunggalnya selepas sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020 yang lalu.

Terbaru, di laman Instagram, Sasha ada berkongsi serta menceritakan bibit-bibit cinta dan detik perkenalannya bersama suami. Apa yang menariknya apabila Sasha mengakui pernah meminati Sirhan ketika zaman persekolahannya.

Pernah simpan perasaan pada Sirhan

https://www.instagram.com/p/B7oHeUcnUlJ/

Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik Sasha, dia menceritakan detik perkenalan mereka sehingga sampai ke jinjang pelamin. Menurut Sasha, bibit cinta antara mereka tersemai selepas dia dan Sirhan berjumpa iaitu seminggu sebelum Hari Raya Puasa. Perasaan cinta dan sayang itu semakin berkembang dari hari ke hari. Apa yang lebih mengejutkan apabila pasangan ini dikatakan telah menjadi ‘rakan baik’ semasa mereka berdua masih di bangku tadika lagi.

Menceritakan kisah itu, Sasha mengakui dia pernah menyimpan ‘perasaan’ pada Sirhan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Walaupun begitu, mereka dikatakan kurang rapat dan tidak bercakap antara satu sama lain sehunggalah pada suatu hari pada bulan Jun 2019, mereka dipertemukan kembali dalam satu majlis keramaian. Bermula dari saat itu, cinta pasangan ini bermula.

‘Macam kisah fairytale’

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis turut membanjiri ruangan komen Sasha dengan mengucapkan tahniah kepadanya dan suami atas perkahwinan yang dibina. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini.

Sumber: Sasha Saidin

SKIP THIS AD ×