berita

Kongsi Foto Persis Patung, Peminat Gelar Uqasha Senrose Barbie Malaysia – ‘Cantiknya Bidadari Dunia’

August 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Uqasha Senrose tidak perlu lagi diperkenalkan kerana setiap kali dramanya ditayang pasti akan mencetus fenomena. Selain daripada bakat lakonan yang menyerlah, kecantikan wanita kelahiran negeri Kelantan ini sering menjadi idaman ramai wanita.

Rindu nak main make up

Terbaru, Uqasha, 29, ada memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan wajahnya yang disolek berkonsep patung popular, Barbie hasil air tangan jurusolek dan pengasas produk kosmetik Datuk Alha Alfa.

Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram (IG), pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyatakan gambar itu hanya throwback (imbau kembali) memandangkan dia sudah lama tidak keluar bekerja.

Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback saja.

Memang macam patung

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat terpegun melihat kejelitaan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa.

Malah, ada pengikut setia menggelarkan tunang kepada aktor Kamal Adli sebagai Barbie Malaysia.

Memang macam patung la.

Cantiknyaa kak Uqasha like Barbie doll.

Betul-betul nampk barbie doll. Ingat Barbie doll yang main telefon tu selfie.

Barbie doll Malaysia.

MashaAllah cantiknya bidadari dunia ni.

Amboi macam anak patung.

Di samping itu, pelakon Azza Elite, 43, turut meninggalkan komen dengan memuji budi bahasa kakak kepada aktres Nelydia Senrose yang dianggap cantik seperti wajahnya.

Cantik sangat sayangku. Sayang Uqasha. Budi bahasa cantik seperti wajah mu.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran itu sudah mendapat lebih 80,000 tanda suka dan hampir 800 komen.

 

Sumber: Instagram @uqashasenrose2

SKIP THIS AD ×