Nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar masih menjadi topik hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tipu 1 Negara Sebab Kahwin Senyap-Senyap & Nikah 2 Kali, Pasangan Artis Ini Bakal Dipenjara 4 Tahun Jika Sabit Kesalahan?
Perut Lesti Kejora nampak besar
Terbaru, perkongsian foto di Instagram (IG) Nagita Salvina telah mencuri perhatian ramai orang. Gambar tersebut adalah sesi ‘photoshoot’ bersama isteri Baim Wong iaitu Paula Verhoeven, anak kepada Krisdayanti, Aurel Hermansyah dan juga Lesti Kejora.
Dalam kapsyen yang ditulis, Nagita telah memberi gelaran, The Bumil’s (ibu hamil) kepada mereka berempat yang kini sedang berbadan dua.
Namun apa yang menjadi tumpuan adalah perut Lesti Kejora apabila rata-rata wargamaya tertanya usia kandungan kerana kelihatan sangat besar.
Selalu dalam lindungan Allah
Bagaimanapun, Lesti Kejora di IGnya seolah tidak menghiraukan komen-komen tersebut apabila turut memuat naik foto yang sama.
Menerusi hantaran itu, dia berdoa agar Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berempat serta sentiasa dilindungi daripada perkara tidak baik.
Terdahulu, Rizky Billar mengakui bahawa dia dan Lesti Kejora telah menikah secara senyap-senyap pada awal tahun ini sebelum melangsungkan majlis perkahwinan. Dalam masa sama, pasangan merpati dua sejoli ini juga mengumumkan berita gembira apabila Lesti Kejora kini hamil empat bulan.
Sumber: Instagram @raffinagita1717, @lestykejora