Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Mengandung, Suami Yang Alami Alahan – ‘Macam Ini Rupanya Perasaan Ibu Hamil Ya?’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ – Kieda Crepe
Hebatnya kuasa Allah
@kiedacrepepenang Walaupun ? teruk, tapi ibu nak anak3 ibu semua kuat macam ibu???? @KiedaCrepeHouse @AMY KIEDA MERCHANDISE
Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra memuat naik sekeping foto bersama suami dan gambar imbasan ultrabunyi kandungannya di akaun TikTok.
Paling menarik perhatian adalah gambar imbasan ultrabunyi yang dilabel Triplet A, Triplet B dan Triplet C serta laporan perkembangan bayi.
Walaupun muntah teruk, tapi ibu nak anak-anak ibu semua kuat macam ibu.
Menjengah ke ruangan komen, Kieda dihujani dengan ucapan tahniah oleh warganet yang mendoakan agar dia dan kandungannya sihat.
Tahniah Kieda, Alhamdulillah, Allah bagi tiga terus, semoga sentiasa kuat ibu hamil ini.
Betapa dia reda dengan dugaan. Allah bagi lagi rezeki berganda untuk dia, bukan satu tapi tiga.
Nampak tak hebatnya kuasa Allah, diuji bermacam-macam dugaan tapi Allah gantikan dengan rezeki yang tak boleh dibeli dengan duit ringgit. Alhamdulillah.
Tahniah Kieda, dapat tiga terus. Allahu murah sungguh rezeki awak.
Alhamdulillah, banyakkan rehat ya. Semoga selamat dan sihat semuanya.
Terdahulu, Kieda memaklumkan bahawa dia kini sedang berbadan dua selepas hampir lima tahun menunggu kehadiran cahaya mata ketiga.
Sumber: TikTok Kieda Crepe