Gara-gara berkongsi foto beberapa orang ahli parlimen sedang duduk semeja dan berbincang, nama pelakon, Fizo Omar mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Biar gambar berbicara
Posting yang dimuat naik oleh Fizo itu mencuri tumpuan netizen kerana seluruh rakyat Malaysia masih ternanti-nanti jawapan mengenai siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Biarlah gambar berbicara. Mungkin mereka terpaksa bersemuka duduk semeja demi Negara. Kita hanya bersangka baik je lah. Nota kaki: Bila tengok balik video mereka berceramah sebelum PRU hari tu hmm, rasa macam gambar ni edit pula kan
Di ruangan komen, pihak OhBulan! mendapati ada seorang individu bertindak berani meninggalkan komen yang negatif di posting tersebut. Lebih teruk, individu berkenaan turut mengaitkan kisah lalu rumah tangga Fizo Omar dengan bekas isterinya iaitu Mawar.
Komen tersebut ternyata mengundang rasa tidak senang sehinggakan Fizo meminta individu berkenaan untuk menyimpan sikap kurang ajarnya itu.
Untuk rekod, Fizo Omar dan Mawar berpisah pada 2019 selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Fizo Omar