Pada minggu lalu, media melaporkan seorang pelakon kacak berusia 20-an yang merupakan bapa kepada dua orang cahaya mata dikatakan curang dengan wanita lain.
Artikel Berkaitan: Pelakon Berimej ‘Alim’ Kantoi Curang, Isteri Jumpa Mesej Lucah Di Telefon
Peluk isteri
Susulan itu, akaun Instagram (IG) Hafidz Roshdi diserang netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan perbuatan tersebut.
Tidak mendiamkan diri, aktor berumur 29 tahun itu dilihat memuat naik foto bersama isteri tercinta, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram Stories.
Dalam gambar itu, Hafidz memeluk erat isteri ketika mereka berada di sebuah pusat membeli belah.
Pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi juga meletakkan waktu foto itu dirakam iaitu pada pukul 4.42 petang, Ahad.
Selain itu, Hafidz turut meletakkan lagu bertajuk Fitnah yang dinyanyikan oleh Icah Mosh seolah menegaskan dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.
Allah ada dengan orang teraniaya
Menerusi hantaran berbeza, ada peminat wanita yang memohon agar pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra bersabar dengan fitnah yang dilemparkan.
Pada Ahad lalu, pelakon lelaki yang pernah menyertai program pencarian ‘hero’ itu didakwa kantoi ketika isterinya memeriksa mesej di telefon.
Tindakan berkenaan dibuat susulan naluri seorang isteri yang melihat banyak perubahan berlaku pada suaminya.
Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 selepas berkenalan selama tiga tahun ketika masing-masing meneruskan pengajian mereka di universiti.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, enam, dan Umar, kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram