Pelakon Alya Iman mendedahkan ikatan percintaan dengan duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli terputus di tengah jalan selepas dua tahun bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Dia Teman Lelaki Saya’ – Alya Iman Mengaku Sudah Berpunya
Saya single
Menurut Alya, dia dan Ridhwan memutuskan hubungan pada Ramadan lalu namun mereka masih kekal berkawan.
Biarpun sudah solo, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil berkata dia ‘not available’ kerana ingin fokus pada kerjaya seni.
Buat masa sekarang ini, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa.
Tapi saya ‘not available’ ya… bukan sebab dah ada someone baharu tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.
Bagi saya, hubungan kami masih bersahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana.
Alya berkata demikian ketika sidang media filem ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selain Alya, filem romantik komedi arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya Nora Danish, MK K-Clique, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.
Netizen masih cakap buruk
Rentetan episod itu, anak perempuan Allayarham Azmil yang cukup popular dengan filem Ali Setan menerima kecaman dan netizen menggelarkannya ‘gold digger’ serta perampas sehingga kini.
Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.
Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya. Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap fasal saya, Insya-Allah saya terima.
Pada tahun 2020, aktres berumur 21 tahun ini pernah mencetuskan kontroversi panas bertunang dengan suami orang hingga dilabel perosak rumah tangga.
Bagaimanapun, Alya memutuskan perhubungan dan ikatan pertunangan itu apabila kehadirannya di sisi lelaki berkenaan sebenarnya tidak diketahui dan dipersetujui oleh si isteri.
Sumber: Instagram @ridhwanrosli & @alyimn