Bintang antarabangsa, Kim Kardashian dan bekas suaminya Kanye West akhirnya mencapai persetujuan berkenaan hak jagaan dan nafkah bagi keempat-empat anak mereka.
Artikel Berkaitan: Pakar Sahkan Amber Heard Miliki Wajah Paling Sempurna Di Dunia
Artikel Berkaitan: Rapper Takeoff Maut Ditembak
Nafkah kira-kira RM890,000
Menerusi laporan Kosmo, dalam kesepakatan antara kedua-dua selebriti terbabit, Kim akan menerima sejumlah wang AS$200,000 iaitu kira-kira RM890,000 daripada West sebagai wang nafkah untuk empat orang anak mereka secara bulanan.
Difahamkan, anak-anak yang berusia antara sembilan hingga tiga tahun terbabit lebih banyak tinggal dan mengisi masa bersama Kim berbanding bapa mereka. Dalam pada itu, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penyanyi rap tersebut telah mencetuskan pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasinya. Malah, kontraknya bersama beberapa jenama besar dunia turut terkesan.
Untuk rekod, West dan Kim telah berkahwin pada 2014, namun Kim telah memfailkan permohonan cerai pada tahun lalu atas alasan sudah tidak sehaluan lagi serta gagal berdamai.
Sumber: Kosmo