Eh? Betul ke creator TikTok tu dulu macam tu?
Korang yang setia melayan TikTok setiap hari mesti dah tahu ramai creators TikTok Malaysia yang famous kan? Sebenarnya ada kisah unik tentang mereka tau. Tapi tak ramai yang tahu tentang perkara ni.
Dulu salah seorang creator TikTok ni bekerja sebagai jurutera, tapi semua content TikTok tentang masakan. Ada antara mereka ni terlihat enjoy tapi sebenarnya seorang Autophile, iaitu keadaan apabila seseorang itu sangat suka menyendiri. Ada juga yang dapat nickname mereka daripada netizen. Serius menarik!
Content yang bermanfaat di TikTok mempengaruhi gaya hidup kita. Ada yang hidupnya berubah kerana TikTok. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh creators TikTok Malaysia ni. Tak sangka mereka pernah hadapinya!
Khairul Aming dulu berminat jadi doktor
@khairulaming Sedikit sebanyak kisah saya menjadi seorang content creator ?? Terima kasih di atas sokongan anda semua. #RoadToTikTokAwardsMY #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia ? original sound – Khairulaming
Khairul Aming yang famous dengan video masakannya cukup terkenal dengan segmen 30 hari 30 resipi pada bulan Ramadan tahun lepas.
Ramai yang fikir Khairul Aming ni pelajar jurusan kulinari kerana semua content di TikTok tentang masakan. Silap tu. Sebenarnya beliau merupakan pelajar jurusan kejuruteraan tau.
Tahu tak? Khairul Aming dulu hampir melanjutkan pelajaran dalam bidang medikal kerana berminat jadi seorang doktor. Tapi sebab ada beberapa kekangan membuatkannya bertukar ke bidang kejuruteraan.
Khairul Aming beri inspirasi buat mereka yang bukan tukang masak profesional untuk memasak secara profesional. Memasak di rumah dah terasa macam memasak di hotel 5 bintang!
Boss James sering dijemput ke program motivasi
@bossjames_oe Zero to Hero @TikTok Malaysia @TikTok Awards Malaysia #RoadToTikTokAwardsMY #foryoumalaysia ? original sound – Boss James
Disukai ramai dengan video-video menerapkan nilai moral, Boss James yang merupakan Pengarah Urusan dari sebuah syarikat permotoran terkenal di Lembah Klang, tak menyangka akan mengalami perubahan drastik dalam hidup.
Selepas menjadi seorang creator, syarikatnya semakin dikenali dan jadi tumpuan penggemar motosikal. Beliau juga sering jadi tetamu jemputan program motivasi sekolah, agensi kerajaan dan NGO. Dah macam pakar motivasi!
Idea dan inspirasinya bermula semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuan asal untuk promosi syarikat. Bila buat content berkaitan peristiwa hidup, ramai yang sukakannya. Paling penting, Boss James ni seorang yang setia pada keluarga dan rakan.
Boss James sering berkongsi pengalaman jatuh bangun sampaikan netizen menyifatkannya sebagai ikon permotoran sebenar. Setelah lihat beliau, ramai berinspirasi untuk jadi usahawan berjaya yang penuh dengan motivasi.
Auntie Purple suka warna pink jugak
@auntiepurple248 Replying to @user878899812109 Auntie cuba tau, nak samakan dua2 amattt sukar ? #transition #transitionpayung ? Rayuan Perempuan Gila – BRANZZ
Ladies mesti ramai la yang kenal dengan Auntie Purple ni. Bermula sebagai seorang suri rumah, kini Auntie Purple menjadi seorang creator TikTok. Ada juga yang tertanya-tanya, dari mana beliau dapat nickname tu?
Videonya banyak memaparkan transisi dirinya menggayakan koleksi baju, tudung dan barangan rumahnya yang berwarna purple. Patut la beliau digelar Auntie Purple oleh netizen. Hebat kuasa viral ni!
Ideanya spontan dan dapat inspirasi melalui content antarabangsa. Beliau sering cari content yang relate dengan semua tanpa mengira umur. Dalam diam-diam, selain warna purple, Auntie Purple juga suka warna pink tau.
Auntie Purple banyak memberi inspirasi buat suri rumah di luar sana dari segi pakaian, hiasan rumah, solekan dan lain-lain. Ini baru la suri rumah yang berjaya!
Chef Dave Vegan cipta hidangan vegan makanan tempatan malaysia yang luar biasa
@chefdaveveganjourney The Making (BTS) – Sehijau Ramadan dari team ChefDave VeganJourney untuk korang ?? . . . Kami ingin mengucapkan terima kasih, hanya itu sahaja yang kami mampu, untuk segala sokongan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada Along, mahupun orang-orang belakang skrin, sepanjang Sehijau Ramadan. #chefdaveveganjourney #InspirasiRamadan #InspirasiRaya #BukaPuasa #kisahalong #veganfood #veganrecipe #resipivegan #veganstyle #malaysianchef #veganchef #MakanLokal #MYFoodie ? original sound – ChefDave VeganJourney
Siapa tak kenal dengan Chef Dave Vegan, tukang masak yang popular dengan masakan Vegan (berasaskan sayuran). Beliau mempunyai pengalaman 10 tahun berkhidmat di syarikat terkemuka.
Memulakan perjalanan menjadi seorang creator TikTok, Chef Dave Vegan sering mencipta hidangan innovatif. Antara hidangan tempatan yang diubahsuai olehnya dalam versi vegan ialah hokkien mee, nyonya laksa, mee goreng mamak, nasi lemak dan banyak lagi!
Buat pengetahuan korang, Chef Dave Vegan tak buat rakaman video setiap hari, tapi beliau buat rakaman dua atau tiga hari dalam seminggu. Beliau boleh hasilkan 5 hingga 6 video dalam satu hari tau. Hebat kan?
Content yang dibuat oleh Chef Dave memang nampak menyelerakan. Orang ramai jadi semakin sukakan makanan vegan. Beliau juga beri inspirasi buat mereka yang vegetarian untuk memasak dengan cara kreatif.
Ikhmal Nour seorang Autophile, lebih suka menyendiri
@ikhmaln0ur SERBA SEDIKIT KISAH KAWAN DI TIKTOK ? #xyzbca #fyp? #RoadToTikTokAwardsMY #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia ? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Memiliki alunan suara berirama Arab yang merdu, Ikhmal Nour merupakan seorang penyanyi dan kini menjadi creator TikTok. Sebelumnya beliau adalah seorang mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dulu beliau dikenali ramai dengan rambut hijaunya.
Setelah menjadi seorang creator TikTok, Ikhmal Nour dan keluarganya tak lagi berdepan masalah kewangan, malah berubah ke arah yang lebih baik. Paling unik, idea dan inspirasinya hasil daripada pemikirannya sendiri.
Walaupun menjadi seorang Autophile yang sangat suka bersendiri, Ikhmal Nour merasa lebih nyaman dan tenang dengan keadaan macam tu. Beliau telah memberi inspirasi buat golongan muda di luar sana untuk lebih yakin dengan diri sendiri.
Kisah yang dikongsikan oleh creators TikTok Malaysia ni kita patut jadikan sebagai inspirasi. Ada yang kita boleh jadikannya sebagai pengajaran supaya sentiasa berusaha dan tak mudah patah semangat.
Oleh itu, bagi menghargai bakat dan usaha mereka yang sering mencipta content cukup menarik dan luar biasa..
TikTok Awards akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia Ogos ni!
TikTok Awards Malaysia adalah acara anugerah terbesar anjuran platform hiburan. Sempena Hari Kebangsaan ni, jom kita raikan kejayaan creators TikTok Malaysia yang telah menempa nama dan membanggakan negara menerusi suara dan kreativiti mereka!
Pelbagai kategori akan ditampilkan dalam TikTok Awards
Antaranya Creator of The Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, Popular Creator of The Year, Rising Star of The Year, Live Creator of The Year dan TikTok Shop Creator of The Year.
Terdapat dua genre dalam TikTok Awards iaitu People’s Choice dan Judge’s Pick. Calon bagi genre Judge’s Pick akan diumumkan di sidang media pada 15 Ogos 2023.
Antara nama besar yang tercalon dalam TikTok Awards Malaysia ialah Sallywhoo, Ryan Bakery, Khairul Aming, Auntie Purple, Ceddy, Gaston Pong dan banyak lagi.
Mereka dah buat kita sebagai rakyat Malaysia bangga!
Sebagai pengguna TikTok yang menetap di Malaysia, korang boleh join #RoadtoTikTokAwardsMY. Ada peluang menang hadiah menarik iaitu Smartphone HONOR 90 (12+512GB)*. Fuh!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan creators TikTok Malaysia kesukaan korang secara LIVE pada 15 Ogos 2023 ini dengan mendaftar di akaun TikTok Malaysia (@tiktok_malaysia).
Antara pengumuman yang akan dibuat nanti ialah:
- Tarikh malam anugerah
- Pengacara malam anugerah
- Calon bagi kategori Judge’s Pick
Jadi, nantikannya!
Nak tahu info dan perkembangan terkini tentang TikTok Awards Malaysia? Korang boleh follow @tiktokawardsmy.
*Tertakluk pada terma dan syarat