Turun 35.5kg dalam masa 8 bulan, wanita ini membuktikan beliau mampu kurus dengan hanya jaga makan dan bersenam di rumah. Mendapat lebih 5k shares di Facebook, wanita ini turut berkongsi menu sarapan pagi yang diamalkannya selama tempoh tersebut.
Selain itu, dia turut mengamalkan meminum teh hijau setiap pagi untuk meningkatkan metabolisme badan.
8 bulan turun 35.5kg
Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan. Wani berjaya lost 35.5kg.
Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.
Org tanya. Macam mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jaga mkn. Jgn mkn waktu malam. Jgn minum air manis. Tu yg wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dah amal minum green tea jasmine.
Air kosong. 3-4liter sehari. Mmg akan ulang2 ke tandas. Ke hulu hilir bwk botol air. Bukan senang nak kurus.
Setiap kali mkn. Wajib mkn on time. Pagi 9am . Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm mmg tak mkn dh. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus). Kurangkan garam.
Setiap minggu. 3-5kali wani akan bersenam. Skrg ni selang2 cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih utk senam dlm rumah je. Lagi senang. Jimat masa.
Tenkiu utk husband wani. Sentiasa support wife mu ini
Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.
Kat sini. Wani sertakan cth breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
#sharejikapostwanibermanfaatutkawk
Contoh breakfast, minum green tea setiap pagi
Untuk makan tengah hari beliau mengamalkan menu ayam panggang, sayur segar dan buah-buahan. Pilihan lain adalah telur rebus, sup ayam, sayur sayuran dan buah-buahan.
Untuk makan malam pula, dia hanya makan buah-buahan dan kekacang sahaja. Paling penting, tidak mengambil nasi dalam diet harian.
Sumber : Wani Syazwani