berita

Kongsi Persiapan Kahwin, Nana Sheme Teruja ‘Counting Days’ Bakal Bergelar Isteri

October 14th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi Nana Sheme, 27, berkongsi momen istimewa di laman Instagram miliknya menanti detik indah disatukan bersama bersama pilihan hati pada 22 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: Pengantin Berhijab Menari Cucuk Langit Masa Majlis Kahwin, Tetamu Pun Sama Naik!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] MK Nikahkan Kakak Sendiri Dengan Sahabat Baik

Counting days, ready?

Menerusi video yang dikongsikan pemilik nama Nur Nabilah Hashimi, dia sedang menggayakan sepasang ‘dress’ putih dan persalinan hari bahagianya.

Menghitung hari, bersedia?

Jelas penyanyi ini lagi, bakal suaminya merupakan seorang produser musik yang berasal dari Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, difahamkan mereka telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah kepada bekas peserta Big Stage musim ketiga ini.

Berikutan itu, Nana turut memuat status di Insta Stories bagi mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan positif yang diterimanya.

Video

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×