berita

Kongsi Rezeki Dengan Pekerja OKU, Netizen Puji Cara Zara Zya Bersedekah

June 20th, 2022 | by khairil
Video Popular

Sumber: zarazyaofficial

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pelakon Zara Zya memberi sedekah kepada salah seorang pekerja di sebuah pasar raya. Lebih menarik perhatian, pekerja itu merupakan seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Artikel Berkaitan: ‘Memang Juara Bab Jodohkan Orang’ – Zara Zya Nafi Sedang Menyulam Cinta Dengan Shuib

Kongsi rezeki dengan pekerja pasar raya

Sumber: zarazyaofficial

Menerusi video tersebut, Zara Zya yang berada di sebuah pasaraya berjalan menghampiri seorang pekerja yang sedang melakukan pekerjaan di bahagian sayur-sayuran. Lebih mengejutkan apabila pelakon itu terus menampal sekeping wang kertas di bahagian kiri bahu pekerja tersebut. Tanpa berkata apa-apa Zara Zya terus berlalu pergi sambil melambai kepada pemuda tersebut.

Hi awak yang istimewa.

Aksi spontan tersebut menyebabkan pekerja itu tergamam dan cuba mencari sesuatu di belakang badannya sebelum menjumpai sekeping wang kertas dilekatkan di bahu. Pekerja tersebut terus menoleh ke belakang dan terus membuat tanda bagus.

Difahamkan, pekerja yang baru berkhidmat di pasar raya tersebut merupakan seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kerana memakai jaket yang tertera di belakangnya ‘saya pekerja OKU’.

Rakaman yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat 1.4 juta tontonan dan 125 ribu tanda suka di aplikasi TikTok.

Video penuh

@zarazyaofficial Hi awak yang istimewa.. #ZaraPrihatin #ZaraZyaOfficial ? suara asli – ???? ????? ? – ??.???? ????? ?

Terbaik Zara Zya

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada pelakon tersebut. Ada juga yang berharap tindakan tersebut patut diteruskan oleh semua.

Sumber: zarazyaofficial

SKIP THIS AD ×