Tindakan Pencetus Ummah (PU) Amin memuatnaik gambar sijil vaksin zaman kerajaan Uthamniyah telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang segelintirnya menganggap ianya tidak ‘relevan’ dengan situasi yang melanda negara kini.
PU Amin kongsi sijil vaksin
Foto: Instagram PU Amin
Menerusi perkongsian PU Amin di Instagram. dia memaklumkan sijil vaksin zaman Empayar Uthmaniyah dipercayai dikeluarkan di Istanbul sekitar tahun 1900. Sementara di ruangan kapsyen, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim berpendapat sekiranya benar vaksin adalah satu agenda dajjal atau membunuh manusia, mungkin manusia tidak akan wujud sehingga ke hari ini.
Dalam kesempatan itu, PU Amin meminta agar orang ramai supaya tidak menjatuhkan hukum kepada sesuatu kerana vaksin juga adalah salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.
Bersederhana dalam menghukum. Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah , tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Inshaallah.
Respon netizen
Sementara itu, ada segelintir dalam kalangan netizen seakan menyalahtafsir apa yang cuba disampaikan oleh PU Amin. Bukan itu sahaja, netizen turut berbalah sesama mereka mengenai vaksin dan mendakwa PU Amin tidak boleh menyamakan situasi semasa zaman Empayar Uthmaniyah dengan situasi negara sekarang. Namun, PU Amin sempat menenangkan para pengikutnya dan menasihati supaya tidak berbalah mengenai isu ini.
Sumber: PU Amin