berita

Kongsi Ultrasound Anak Dengan Isteri Baru, PU Abu Sekali Lagi Dikritik

October 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, bekas peserta Pencetus Ummah, Mohd Abu Sufyan dikritik teruk selepas menceraikan isteri ketika sarat hamil. Bekas isteri, Ain Afni mendedahkan dia telah diceraikan suami melalui aplikasi Whatsapp. Pendakwah muda itu kemudiannya telah bernikah dengan seorang usahawan kosmetik bernama Hana Azraa.

Terbaru, PU Abu sekali lagi menerima kecaman selepas memuatnaik video ultrasound anak bersama Hana Azraa.

Ayah kepada 2 orang anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@cian.mokhtar101) on

Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki ku untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada dua orang anak yang bakal jadi pewaris ku.

Mohon doa yang baik2 ye. Apa pun yang berlaku anak tetap berhak mendapat kehidupan yang baik.

Video ultrasound yang menunjukkan bayi di dalam kandungan sedang aktif dan sihat itu mendapat perhatian ramai. Mendapat lebih 20k tontonan dan 300 komen, netizen mengkritik PU Abu yang dengan sengaja menunjukkan kebahagiaan sedangkan tidak berbuat demikian dengan isteri pertama.

‘Berlaku adillah’

‘Tak fikir perasaan bekas isteri’

Rata-rata meluahkan rasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa bayi hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Mereka turut meminta PU supaya berlaku adil dan menjaga hati walaupun Ain Afini sudah bergelar bekas isteri. Malah, Hana Azraa yang memuatnaik video di Instagram turut mendapat kecaman.

Walaubagaimanapun, ada juga yang mendoakan kebahagiaan PU bersama kedua-dua anak.

Sumber : cian.mokhtar101

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×