berita

Kongsi Video Anjing Tunggu Depan Pintu Bilik, Julia Farhana Bela?

February 9th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Lama tidak dengar tentang pelakon dan model Julia Farhana. Melihat pada hantaran di Instagram (IG) miliknya, Julia sibuk dengan lakonan dan aktiviti harian.

Anjing tunggu depan bilik

 

Terbaru, perkongsian Julia pada hari Isnin di Instagram Stories telah mencuri perhatian. Menerusi tiga hantaran berbeza, pemilik nama Julia Farhana Marin memuat naik video dengan seekor anjing di dalam rumahnya.

Dalam video tersebut, Julia menyatakan anjing itu akan menunggunya di luar pintu bilik pada setiap pagi.

Setiap pagi. He’s (anjing jantan) tunggu di luar bilik saya. Iringi saya sehingga ke kereta.

Gigit kalau disuruh

Selain itu, pelakon drama Cinta Fatamorgana mendedahkan anjing tersebut juga akan menggigit sekiranya disuruh untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Julia tidak memberitahu sama ada anjing itu adalah haiwan peliharaannya.

Sumber: Instagram @juliafarhanamarin

SKIP THIS AD ×