berita

Kongsi Video Bersama Anjing, Netizen Syak Baby Shima ‘Lapar’ Perhatian – ‘Saja Minta Kena Kecam Ke?’

July 6th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Penyanyi dangdut terkenal iaitu Baby Shima seringkali mendapat perhatian netizen hasil perkongsian konten di media sosial. Sebelum ini, Baby Shima pernah berkali-kali dikecam kerana pemakaian dan perbuatannya yang dianggap kurang menyenangkan.

Kali ini, Baby Shima lagi sekali memuat naik video yang mengundang kecaman netizen di TikTok dengan memperlihatkan dirinya dengan seekor anjing.

Muat naik video dengan anjing

Menerusi video berdurasi 10 saat yang dimuat naik Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memaparkan dirinya sedang menari-nari di sebelah seekor anjing yang diikat dengan rantai. Meskipun hanya memegang tali yang diikat pada leher anjing itu tanpa sebarang sentuhan fizikal tetapi tindakan Baby Shima tetap mendapat kritikan daripada netizen.

Ramai netizen seakan-akan memerli tindakan penyanyi dangdut itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang ‘lapar perhatian’ dan cuba meraih publisiti dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, mereka turut menasihati penyanyi berusia 30 tahun ini supaya tidak membuka ruang kecaman daripada pengguna media sosial. Ada segelintir netizen percaya bahawa video tersebut hanyalah konten semata-mata dan Baby Shima masih tahu mengenai halal dan haram.

Video

Komen netizen

Sumber: TikTok Baby Shima

SKIP THIS AD ×