berita

Kongsi Video ‘Mesra’ Di TikTok, Pasangan Kekasih Beza Umur 37 Tahun Dikecam Netizen

June 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara mempunyai perbezaan umur sebanyak 37 tahun, sepasang kekasih dari London ini telah menerima kecaman hebat daripada netizen. Lebih mengejutkan apabila ada di antara mereka tergamak mempersoalkan sama ada pasangan ini benar-benar bercinta atau ianya sekadar untuk ‘content’ di media sosial sahaja.

Beza umur 37 tahun

Memetik laporan 7news, wanita ini dikenali dengan nama Cheryl berusia 60 tahun sementara teman lelakinya, Quran baru berusia 23 tahun. Meskipun memiliki jarak usia yang berbeza, tetapi ianya langsung tidak menjadi penghalang cinta mereka. Malah, Quran juga sering berkongsi video TikToknya bersama Cheryl.

Kelihatan pasangan ini sangat bahagia dengan hubungan yang dibina tetapi aksi mesra mereka itu menjadi pertikaian dalam kalangan netizen. Hal ini kerana mereka mendakwa Quran menjalinkan hubungan dengan Cheryl hanya kerana wanita itu kaya. Tidak kurang juga ada yang memaklumkan bahawa mereka melihat Cheryl sudah seperti nenek kepada Quran dan bukannya sebagai teman wanitanya.

Dah dapat restu

Apabila ditanya tentang restu keluarga, pasangan ini memberitahu mereka sudah mendapat restu daripada keluarga. Bukan itu sahaja, anak-anak Cheryl juga dikatakan merestui hubungan ibu mereka bersama Quran meskipun kesemua mereka lebih berusia daripada lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada individu memberi kata-kata semangat buat pasangan ini selain menasihati Quran dan Cheryl supaya jangan mengambil hati dengan komen negatif segelintir netizen. Hal ini kerana, mereka percaya jika benar seseorang itu sudah dilamun cinta, maka jarak usia bukanlah penghalang.

TikTok mesra bersama

@ttvleolove_3Reply to @totolakisii @oliver6060 we killed this ily baby ##MACscaraface ##reply ##Facedown ##couplegoals?? ##couple ##bae ##gf ##better ##fyp? ##fy ##fup ##vibes? Shake That Ass x Roll Me Up – J.Earl ?

@ttvleolove_3It’s still wet tho? @oliver6060 ##wap ##TeamUSATryout ##dontworry ##couple ##wife ##goodcoochi ##foryoupage?? ##foryoupageofficiall? ##fyp? ##foryou ##ha? stop using this for bad takes bozos – ale

Restu keluarga

@ttvleolove_3Hi how you doing ##Vibe ##BestSeatInTheHouse ##fyp? ##couple ##lilwayne ##? ##love ##foryou ##couplegoal ##bigpur ##lover ##goingin ##fup ##mo ##forypup ##fy ##baby? I’m Goin In – Drake

Sumber: 7News, TikTok

SKIP THIS AD ×