Di TikTok, seorang gadis kongsi pengalaman dipukul dan ditumbuk oleh bekas kekasihnya sendiri gara-gara tidak mahu kembali menjalin cinta. Insiden tersebut membuatkan muka gadis itu meninggalkan kesan lebam serta beberapa luka lain termasuk sedikit pendarahan di dalam mata.
Video-video yang dikongsikan mendapat perhatian dari netizen yang rata-ratanya simpati dengan nasib menimpa gadis tersebut. Seram betul kalau tengok kesan luka itu..
Kena pukul dengan bekas kekasih
@nicaaa63._##fyp ##fypage ##fyp? ##kespukul? original sound – AnisahFutiyah?
@nicaaa63._Reply to @unni0n ##fypage ##fyp ##kespukul? original sound – AnisahFutiyah?
Dia meroyan, dia jadi gila. Dia datang rumah dan pukul Nisa. Dia tumbuk, dia pukul, dia hempuk kepada Nisa dekat dashboard kereta.
Menurut gadis ini, bekas kekasihnya berang apabila cintanya ditolak. Pada awalnya, bekas kekasih itu sendiri yang meminta putus, namun selepas beberapa hari dia mahu menjalin hubungan cinta kembali. Lelaki ini datang ke rumah gadis ini lalu menarik rambut memaksa gadis ini masuk ke kereta sebelum memukul dan menumbuk mangsa.
Dah laporkan pada polis
@nicaaa63._Reply to @toyol97 ##fyp ##kespukul ##fypage? original sound – AnisahFutiyah?
Nak jumpa orang malu, nak pergi mana-mana pun malu. Just nak minta korang tolong doakan muka Nisa elok macam dulu.
Walau bagaimanapun, mangsa sudah membuat laporan polis dan menunggu kes dibicarakan di mahkamah. Dalam pada itu, gadis ini sempat meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan rupa wajahnya sekarang. Dia meminta agar orang ramai mendoakan paras wajahnya kembali seperti dahulu kala.
Dia juga sempat berpesan agar gadis di luar sana berhati-hati memilih pasangan kerana bimbang jika dapat lelaki ‘mental’ seperti bekas kekasihnya.
Sumber : Tiktok Anisah