berita

Kongsi Video Satu Keluarga Kerja Dalam Syarikat Sama, Ini Contoh ‘Megah Holding’ Yang Sebenar!

March 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama syarikat ‘Megah Holding’, pasti ramai sudah terbayang babak dalam drama tempatan yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Mustapha Kamal. Meskipun drama tersebut sudah sekian lama berakhir, tetapi sehingga kini ianya masih tersemat dalam ingatan para penonton.

Terbaru, seorang gadis ada berkongsi satu video di TikTok memaparkan ruangan tempat kerjanya di sebuah syarikat. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai selepas gadis ini mendedahkan dia dan ahli keluarganya bekerja di tempat yang sama. Wah!

Kerja satu syarikat dengan keluarga

Menerusi video pendek yang dimuat naik Airah Rosly pada 23 Februari yang lalu, dia memberitahu bahawa itu adalah hari pertama dia mula bekerja selepas cuti semester akhirnya tamat. Dalam video tersebut, dia hanya menunjukkan ruangan bilik kerjanya sahaja selain menunjukkan sebuah laptop yang diberikan oleh ‘bos’ nya untuk kegunaan kerja.

Dalam video terbaru, gadis ini mendedahkan dia telah bekerja dengan ahli keluarganya di syarikat yang sama. Airah juga sempat berkongsi dan menunjukkan sekitar ruangan kerja dan bilik-bilik khas di syarikat tersebut termasuklah bilik bapanya, abang dan kakak. Meskipun begitu, Airah tidak mendedahkan butiran mengenai syarikat terbabit.

Bestnya!

@airahroslyHappy first day work selepas lama cuti final sem?? ##recycle ##world ##fyp ##macbookpro ##love? dark horse – beth ?

@airahrosly##recycle ##fyp ##smallbusiness ##foryoupage? dark horse – beth ?

‘Papa nak bagi kamu syarikat papa’

‘The real of Megah Holding’

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya seakan tidak sangka rupa-rupanya memang ‘wujud’ ahli keluarga yang bekerja dalam syarikat yang sama. Menurut mereka, situasi seperti ini memang jarang sekali berlaku.

Malah, tidak kurang juga ada yang bergurau menyamakan situasi Airah ini seperti watak anak CEO ‘Megah Holding’ iaitu drama Melayu dimana si anak akan mewarisi syarikat bapa. Paling menghiburkan apabila ada juga yang kreatif membuat jalan cerita kehidupan sebagai anak seorang CEO dan dialog kononnya perbualan antara ahli keluarga CEO.

Sumber: Airah Rosly

SKIP THIS AD ×