Di TikTok, pelakon Fadlan Hazim berkongsi video dirinya sedang menjalani sesi penggambaran bersama penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menjayakan muzik video (MV) single terbaharu penyanyi berkenaan yang berjudul ‘Magis’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Impian Jadi Srikandi Tercapai, Peminat Kagum Tengok Aksi Lincah Siti Nurhaliza ‘Bertarung’ Dalam Muzik Video Magis
‘Sparring’ bersama TokTi
@fadlanhazim Fun fact: Dulu saya pernah jadi backup dancer Tokti??? #fyp #foryou #sitinurhaliza #tokti ? Magis – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Menerusi perkongsian tersebut, Fadlan memaklumkan bahawa adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya kerana dapat bergandingan dan bekerjasama bersama pelantun ‘Wajah Kekasih’ itu.
Tambah Fadlan, pergerakan Siti atau lebih mesra disapa ‘TokTi’ begitu ‘solid’ sepanjang menjayakan babak bertarung dengannya.
Pengalaman berharga dapat berlawan dengan Datuk Siti dalam MV ‘Magis’.
Kalau tertendang TokTi, mesti satu Malaysia serang aku.
Apa-apa pun, TokTi punya pergerakan memang hebat.
Pernah jadi ‘backup dancer’
Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Raisha 2’ mendedahkan bahawa dia pernah menjadi ‘backup dancer’ buat TokTi satu ketika dahulu.
‘Fun fact’, dulu saya pernah jadi ‘backup dancer’ Tokti waktu Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 kalau tak silap saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dan berbangga dengan Fadlan kerana dapat bekerjasama dengan TokTi.
Dalam masa yang sama, ada juga di kalangan netizen yang ‘memberi’ amaran kepada Fadlan agar tidak mencederakan penyanyi kesayangan ramai itu.
Komen netizen
Sumber: TikTok