berita

Konon Ada 5 Tahun Pengalaman Mengasuh, Lelaki Mengaku Rogol Bayi & 12 Kanak-Kanak

June 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pengasuh lelaki di Canberra, Australia yang kononnya mempunyai pengalaman mengasuh selama 5 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan merogol seorang bayi selain mencabul 12 kanak-kanak lain

‘Bantu anak jadi insan yang baik’

Foto: The Sun

Memetik laporan The Sun, Jareth Thomas Harries-Markham, 24 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Perth, Selasa lalu dengan 221 pertuduhan berkaitan jenayah seks terhadap kanak-kanak antara Julai 2020 hingga Ogos tahun lalu.

Jareth mengaku bersalah atas 141 pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, selain merakam bahan jelik dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak.

Pertuduhan selebihnya bagaimanapun digugurkan, manakala hukuman terhadap Jareth akan diputuskan oleh Mahkamah Agung Australia Barat pada 27 September ini.

Dalam keterangan di mahkamah, Jareth didapati mengiklankan perkhidmatan penjagaan bayi di dua laman web dengan mengakui bahawa dia ‘membantu membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang sebaiknya’.

Tertuduh mendapat kepercayaan sebilangan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka, kemudian meneruskan jenayah tersebut di serata Perth dan barat laut Australia Barat.

Jareth menawarkan perkhidmatannya pada harga AS$20 (RM88.13) hingga AS$25 (RM110.16) sejam dengan dakwaan mempunyai lebih lima tahun pengalaman mengasuh kanak-kanak.

Jareth ditahan di rumahnya di Bennett Springs dalam satu serbuan pada 22 Ogos tahun yang menemui bahan-bahan eksploitasi kanak-kanak.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×