berita

Konon Ajak Solat Jemaah Di Surau, Rupanya Keluarga Ada Niat Lain, Siap Bagi Beg Pakaian Lagi!

February 6th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Ibu bapa merupakan insan yang sangat bernilai dalam hidup kita. Kasih sayang dan pengorbanan mereka memang tiada tolok gandingnya. Tetapi kali ini lain pula kisahnya dengan nasib seorang warga emas ini apabila dia didakwa telah ditinggalkan oleh ahli keluarganya di surau.

Konon ajak pergi solat di surau

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi akaun Facebook Lembaga Zakat Selangor. Difahamkan, warga emas ini dikatakan tidak memiliki zuriat memandangkan dia belum berkahwin. Oleh itu, dia telah dijaga oleh anak saudaranya. Tetapi disebabkan keadaan kesihatan lelaki ini semakin merosot, ahli keluarga dikatakan tergamak meninggalkannya di sebuah surau.

Bercerita lanjut mengenai kisah itu, pada awalnya, ahli keluarga dipercayai telah mengajaknya untuk mendirikan solat berjemaah di surau tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia akhirnya ditinggalkan sendirian di sana.

Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya. Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau.

Ditempatkan di rumah kebajikan

Pihak Lembaga Zakat Selangor bergegas ke surau berkenaan untuk menghulurkan bantuan selepas menerima maklumat mengenai warga emas yang dikatakan telah tidur di surau berkenaan. Setibanya di sana, mereka melihat warga emas ini berada dalam keadaan yang lemah kerana lapar selain mengalami sakit kaki akibat jangkitan kuman. Bukan itu sahaja, pakaian warga emas ini juga didakwa telah diletakkan oleh ahli keluarganya dalam sebuah beg.

Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil. Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak.

Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bahawa mereka akan menanggung segala kos penjagaan dan kos rawatan warga emas ini.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

SKIP THIS AD ×