berita

Konon Anak Sesak Nafas, Kes Pembunuhan Terbongkar Apabila Mayat ‘Hilang’ Sebelum Bedah Siasat

August 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes jenayah terutamanya melibatkan pembunuhan seringkali mencuri perhatian masyarakat. Seperti perkongsian seorang bekas peguam mahkamah tentera, Sir Kamarul menerusi laman Twitter menceritakan kembali kisah disebalik kejadian tragis yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun itu.

Budak 3 tahun jatuh pengsan

Bawa mangsa ke hospital

Pada hari kejadian, suasana di hospital agak kecoh selepas didatangi seorang lelaki yang mendukung anaknya. Lebih mencemaskan apabila budak lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat kesan luka pada tubuhnya.

Suspek dakwa mangsa meninggal kerana asma

Seorang wanita yang didakwa merupakan kawan kepada bapa kanak-kanak itu dimaklumkan oleh doktor bahawa budak itu sudah meninggal dunia. Selain itu, doktor juga bertanya kepada si bapa (suspek) apa sebenarnya yang telah terjadi. Individu itu kemudian menceritakan kejadian ‘sebenar’. Namun pada keesokan harinya, mayat budak itu telah ‘hilang’

Mayat mangsa ‘hilang’

Mereka dimaklumkan mayat mangsa dibawa keluar atas arahan pihak polis. Hal ini kerana suspek inginkan jenazah anaknya itu segera dikebumikan. Tindakannya itu seolah-olah mahu menutup ‘sesuatu’. Namun, pihak hospital masih bertegas ingin lakukan bedah siasat.

Terdapat banyak kesan luka

Ketika memandikan jenazah, imam masjid amat terkejut melihat tubuh mangsa dipenuhi dengan luka termasuk pada bahagian muka, dada, lengan dan belakang badan. Ketika ingin dikebumikan, pihak polis telah datang ke tanah perkuburan dan meminta jenazah mangsa dibawa semula ke hospital untuk dibedah siasat.

Bedah siasat dilakukan

Lebih mengejutkan mangsa meninggal dunia bukan kerana asma sebaliknya doktor pula mengesahkan mangsa mengalami keretakan pada bahagian tengkorak kepala, pendarahan subdural dan mengalami bengkak otak sehingga menyebabkan kematian. Berikutan daripada itu, suspek dan rakan wanitanya itu telah didakwa atas kesalahan membunuh.

Suspek nafi telah membunuh mangsa

Walaupun begitu, si bapa menafikan dakwaan tersebut dan wanita terbabit juga memaklumkan dia langsung tidak terlibat dalam pembunuhan itu. Tetapi apa yang menjadi persoalan apabila ibu kandung mangsa telah memberitahu bahawa kedua-dua suspek merupakan individu yang telah menjaga mangsa selama ini.

Mangsa dibunuh oleh bapa kandung

Dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Pihak mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua suspek.

Sumber: Sir Kamarul

SKIP THIS AD ×