berita

Konon Dedah Malaysia Ramai ‘Sugar Daddy’, Akses Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

February 16th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini topik ‘Sugar Daddy’ dan ‘Sugar Baby’ menjadi topik bualan hangat netizen selepas Malaysia menjadi antara negara mempunyai bilangan yang tinggi golongan ini menurut SeekingArrangement laman ‘Sugar Dating’ terbesar dunia.

Artikel berkaitan: Iklan Aplikasi ‘Jejak’ Sugar Baby Terpampang Sekitar KL, Apa Peranan PBT?

Artikel berkaitan: Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

Malaysia dikatakan menjadi sarang ‘Sugar Daddy’ terbesar selepas dilaporkan mempunyai 42,500 ahli di dalam aplikasi berkenaan iaitu tempat ketiga selepas negara India dan Indonesia.

14,433 pendaftaran menjadi sugar baby

Isu ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas Ustaz Haslin Baharim yang yang berharap agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi membanteras gejala tidak bermoral ini. Lebih membimbangkan apabila dilaporkan penuntut universiti antara yang terjebak dalam aktiviti ini kerana mahukan kemewahan.

Saya rasa isu Sugarbook ini sudah lama lagi kontroversi sejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan iklan papan tandanya pada 2019 tetapi kenapa ia masih dibiarkan berleluasa?

Apa sahaja keberjatan sosial yang berlaku, pihak berkuasa kena tegas dan berkeras ambil tindakan termasuk haramkan platform ini, jika tidak isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila.

Sementara itu, menurut Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad, sikap ambil ringan dan tidak serius terhadap hukum Islam menjadi punca kepada golongan berkenaan terjebak dalam kancah tidak bermoral itu.

Terdahulu, data platform temu janji, Sugarbook pula mendedahkan seramai 14,433 pendaftaran untuk menjadi ‘sugar baby’ diterima pihaknya membabitkan penuntut di 10 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia termasuk dua daripadanya adalah IPT awam.

Sudah disekat

Isu yang menjadi perhatian ramai ini turut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang sedang menjalankan siasatan ke atas aplikasi Sugarbook ini. Menurut pengerusinya, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, siasatan kini akan meneliti aspek pengesanan trafik penggunaan aplikasi itu dan beberapa skop lain secara menyeluruh.

Selepas menjalani siasatan, pemeriksaan mendapati aplikasi tersebut melanggar akta dan kini sudah disekat di Malaysia. Difahamkan, aplikasi itu melanggar Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak betul. SKMM memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform sekiranya ada pelanggaran undang-undang. Malah pihak polis juga akan mengambil tindakan sekiranya terdapat unsur pelacuran yang terlibat.

Sumber : Berita Harian, TheStar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×