berita

Konon Muka Sama Arwah Isteri, Datuk Seri Disyaki Cabul Anak Kandung Sejak 10 Tahun Lalu

January 17th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Siapa sangka, di sebalik seorang insan yang bergelar ‘bapa’ rupa-rupanya tergamak mencabul anak kandungnya sendiri. Paling mengejutkan apabila perbuatan jijik itu telah dilakukan si bapa durjana sejak 10 tahun yang lalu, kejam!

Dilakukan sejak 10 tahun lalu

Menerusi laporan yang dipetik daripada Malaysiagazette, suspek yang juga merupakan Datuk Seri disyaki mencabul anak perempuannya di kediaman mereka sejak mangsa berusia 10 tahun dan kini mangsa sudah mencecah 20 tahun. Perbuatan jijik itu akhirnya ‘kantoi’ selepas mangsa membuat laporan di balai polis baru-baru ini.

Menurut sumber, kali terakhir suspek melakukan perbuatan jijik itu adalah pada 9 Januari yang lalu. Sepanjang 10 tahun, suspek didakwa telah bertindak masuk ke bilik ketika anak perempuannya sudah nyenyak tidur. Suspek kemudiannya memeluk, mencium dan memasukkan jari ke dalam alat sulit mangsa.

Suspek kaut harta arwah isteri

Tetapi apa yang tidak boleh diterima adalah apabila suspek dikatakan melakukan perbuatan itu hanya kerana anak perempuannya memiliki wajah yang seiras dengan arwah isterinya.

Suspek juga telah mengaut segala harta yang ditinggalkan arwah ibu mangsa.

Mangsa juga dikatakan telah cuba memberitahu masalah gangguan ini kepada arwah ibu ketika masih hidup namun tidak dipercayai dakwaan anaknya, dan mangsa tidak tergamak untuk mencetuskan pergaduhan dan perpecahan dalam keluarga.

Suspek ditahan reman

Selain itu, suspek yang berusia 58 tahun itu dikatakan langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan tidak menjaga kebajikan anak-anaknya sekiranya mesej dan panggilannya tidak dilayan oleh mereka. Malah suspek sebaliknya bertindak memukul mangsa dan anak-anaknya yang lain.

Menurut sumber, suspek merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki berbelas pasar mini di kawasan Sentul serta beberapa lot rumah kedai dan hartanah di daerah tersebut. Suspek telah pun ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan.

Sumber: Malaysiagazette

SKIP THIS AD ×