berita

Konon Nak Buang ‘Syaitan’ Dalam Badan Anak, Ibu Tergamak Cungkil Mata & Kunyah Lidah Mangsa

January 29th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Seorang wanita berusia 30 tahun tergamak membunuh anak perempuannya sendiri di kediaman mereka. Apa yang tidak disangka-sangka, insan yang bergelar ibu ini telah bertindak mencungkil mata, menggunting dan memakan lidah mangsa. Kejam!

Bilik air berkunci

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, suspek yang dikenali dengan nama Josimare Gomes da Silva melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terhadap anak kandungnya, Brenda Carollyne Pereira da Silva yang baru berusia 5 tahun. Menurut sumber, kejadian ngeri yang berlaku pada 24 Januari lalu hanya disedari oleh datuk mangsa, Marinho da Silva selepas melihat ada darah mengalir dari saluran paip luar rumah mereka yang terletak di Brazil.

Dia yang cemas melihat keadaan itu terus bergegas ke bilik air tetapi sayangnya pintu bilik air sudah berkunci. Dalam masa yang sama, Marinho telah meminta anaknya itu untuk membuka pintu berkenaan tetapi permintaannya langsung tidak diendahkan.

Lelaki ini kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air dan alangkah terkejutnya apabila melihat anak perempuannya (suspek) sedang memegang gunting sementara cucunya yang sudah tidak bernyawa berada di sisi suspek.

Mata dicungkil, lidah digunting

Foto: Daily Mail

Jelasnya lagi, keadaan mangsa memang sangat menyedihkan di mana lehernya mengalami lebam, mata dan lidahnya sudah digunting. Susulan daripada insiden itu, Marinho telah menghubungi pihak polis dan mereka kemudiannya menahan suspek.

Semasa soal siasat, pada awalnya suspek mengaku telah membunuh anak perempuannya itu dan memakan lidah mangsa. Tetapi dalam satu kenyataan lain, suspek menafikan perbuatannya. Malah dia mengatakan kepada pihak polis bahawa anaknya itu masih hidup sebaliknya dia telah membunuh ‘syaitan’ yang merasuk mangsa.

Difahamkan, suspek dipercayai mengalami masalah mental termasuk kemurungan. Suspek dikatakan melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu ketika dia mengalami gangguan jiwa. Sementara itu, suspek yang masih dalam tahanan polis telah dipindahkan ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan kesihatan mentalnya.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×