berita

Konon Nak Cantikkan Bandar, Penduduk Geleng Kepala Arca Ikan Menyerupai Alat Kemaluan Dibina PBT!

September 22nd, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Pihak Berkuasa Morocco bertindak merobohkan dua arca ikan yang dibina seakan-akan menyamai alat kemaluan lelaki. Hal ini demikian kerana, gambar arca ikan tersebut telah tular di media sosial dan mendapat komen yang negatif daripada netizen.

Gambar tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan turut dijadikan bahan jenaka di platform media sosial.

Arca telah dirobohkan

Foto: Ladbible

Kini, arca ikan tersebut telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa atas desakan orang awam. Menurut Pegawai Metropolis, arca tersebut, tidak dibina atas dasar ingin menyamai alat kemaluan lelaki. Dua arca tersebut merupakan bentuk ikan yang diletakkan secara berhadapan dengan mulut yang muncung.

Pegawai tersebut bertindak mengeluarkan kenyataan umum untuk membersihkan nama kerajaan kerana terdapat pelbagai spekulasi yang timbul setelah wujudnya arca itu.

Arca tersebut diletakkan di bulatan kawasan Mehdya yang merupakan kawasan orang awam dan terletak dengan sebuah pantai yang terkenal.

‘Hadiah’ daripada pihak berkuasa

Foto: Ladbible

Penduduk di Kenitra dan Mehdya pada mulanya memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang mereka menginginkan pembaharuan di bandar tersebut. Namun, mereka tidak menyangka ‘pembaharuan’ yang dibawa ini adalah sebuah arca yang cukup mengaibkan.

Bentuk arca tersebut adalah sangat tidak sesuai dan boleh mengundang persepsi negatif terhadap arca yang diletakkan di tempat awam itu.

Sumber: Ladbible

The following two tabs change content below.

×