Membahagiakan dan membalas jasa kedua ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak tatkala usia kedua-dua orang tua semakin meningkat. Di Twitter, viral satu tweet seorang ayah sedang membantu anaknya menggubah jambangan wang.
Lebih menarik, lelaki tersebut tidak mengetahui bahawa gubahan wang yang dihias itu merupakan hadiah untuknya. Terbaik!
Penat tau berlakon
Menurut Chipchipnoi, jambangan wang yang digubah tersebut merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran ayahnya tidak lama lagi. Sewaktu menggubah, ayahnya tidak mengetahui bahawa kesemua wang tersebut bakal menjadi kepunyannya.
Nanti share video ayah
Rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak sabar untuk melihat reaksi ayahnya sebaik sahaja menerima hadiah tersebut. Netizen turut memberikan ucapan selamat ulang tahun.
Sumber: Chipchipmoi