Foto: Hot FM
Kumpulan penyanyi terkenal Indonesia, Govinda nafi menumpang populariti penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul menerusi Konsert Hal Hebat @ Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 31 Oktober hadapan.
Konsert Govinda Hal Hebat
Ketika ditemui OhBulan!, Govinda menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak menumpang nama Ernie dan Aina untuk meraih penjualan tiket sebaliknya mereka bersama-sama menjayakan konsert pertama Govinda di Malaysia.
Ketika Ernie datang ke Indonesia, kami semua termasuk media Indonesia menyambutnya dengan sangat baik. Walaupun Govinda terkenal di Indonesia tapi kami tak pernah menganggap Ernie menumpang nama kami.
Tetapi kami berbangga dengan pencapaian dan bakat luar biasa Ernie. Jadi kami berbangga mempromosikan Ernie di Indonesia.
Begitu juga di Malaysia, tak ada istilah kami menumpang nama mana-mana penyanyi. Kami masing-masing mencipta nama.
Govinda berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur, pada Khamis.
Difahamkan, Govinda bakal menyajikan lagu-lagu hit, selain turut membuat kolaborasi istimewa dengan empat penyanyi terkemuka Malaysia dan Indonesia iaitu Fadly Padi, Ernie Zakri, Aina Abdul, dan Elica Paujin.
Menurut Maryam Ellysha Zulkeflee iaitu wakil daripada penganjur, Adimusiqa memberitahu konsert ini bukan sahaja dihiburkan oleh Govinda sahaja malah penonton turut akan memperdengarkan karya penyanyi-penyanyi yang pernah mendapat sentuhan emas dari Ade Govinda.
Sementara itu, penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa syukur dan terharu akhirnya berkesempatan berkolaborasi dengan Govinda di atas satu pentas.
Govinda x Ernie Zakri akan tampil secara eksklusif di GOVINDA HAL HEBAT @ KUALA LUMPUR bagi mendendangkan lagu Hal Hebat selain penyanyi kelahiran Malaysia itu akan mempersembahkan lagu Masing-Masing yang diciptakan oleh Ade Govinda.
Konsert ini turut menyaksikan vokalis bersuara emas, Fadly Padi, diterbangkan khas untuk memperdengarkan karya yang telah meraih kejayaan dengan jumlah tontonan lebih 30 juta di YouTube, iaitu “Tanpa Batas Waktu.”
Menambah kemeriahan dan kehebatan malam konsert, Aina Abdul dan Elica Paujin dijanjikan akan memukau penonton dengan pesona tersendiri menerusi karya mereka yang juga mendapat sentuhan daripada Ade Govinda.
Jadi jangan lepaskan peluang anda semua untuk menyaksikan persembahan hebat daripada barisan penyanyi dan pemuzik terkemuka Malaysia dan Indonesia menerusi GOVINDA HAL HEBAT @ KUALA LUMPUR yang akan berlangsung pada 31 Oktober hadapan di Zepp, Kuala Lumpur.
Berikut merupakan butiran tiket, EPISODE BAHAGIA (RM238), TANPA BATAS WAKTU (RM288),
SIAPA YANG PANTAS (RM328), HAL HEBAT VVIP BOX (RM7,000) boleh dibeli menerusi laman sesawang WWW.TICKET2U.COM.MY/GOVINDA atau hubungi talian Hotline tiket di 012 653 0700 (WHATSAPP).