Bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali, konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang menampilkan bintang Bollywood terkenal, Hrithik Roshan menawarkan diskaun sebanyak 11 peratus.
Artikel Berkaitan: Selepas 8 Tahun, Hrithik Roshan Kembali Ke Malaysia Dalam ‘Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert’
Diskaun sempena Deepavali
Menurut wakil penganjur iaitu jurucakap Xklusif.My, Puteri Nor’ Alaina Nohuddin, diskaun dan tawaran istimewa itu diberikan untuk semua jenis kategori tiket.
Malah, Puteri menyeru semua peminat yang masih belum mendapatkan tiket untuk merebut peluang keemasan ini.
Orang dah tahu tarikh 11.11, selalunya ada sale untuk promosi Deepavali, jadi ini adalah masa terbaik untuk kami hadiahkan kepada peminat,
Puteri berkongsi berita gembira itu ketika ditemui pada majlis sidang media Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, ketika disoal mengenai kos, Puteri menjawab konsert yang bakal menjadi ‘concert of the year’ itu telah menelan belanja jutaan ringgit.
Kalau tanya pasal bajet, semua orang pun tahu berapa banyak kos konsert, tambahan pula melibatkan artis ‘international’, it’s a lot.
Cuma tak dapat ‘reveal’ jumlah. Bukan beribu, tapi memang berjuta sebenarnya.
Pemenang enam kali Filmfare Awards yang juga salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India, Hrithik Roshan kembali menemui peminat di Malaysia pada 1 Disember depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dibawa secara eksklusif oleh Yess Boss Groups dan Dembi Productions, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert turut menampilkan nama-nama besar seperti Prabhu Deva, Malaika Arora, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor dan penyanyi Kanika Kapoor serta Aastha Gill.
Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli di sini atau hubungi talian hotline 011-11546805.