berita

Konsert I Am Ziana Zain Dibatalkan Kerana Masalah Kos Perbelanjaan

July 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-07 at 11.45.48 AM

Bak kata pepatah ‘gagal untuk merancang bermakna anda merancang untuk gagal’. Namun, mungkin ini juga merupakan satu dugaan buat Ziana Zain apabila hasratnya untuk mengadakan terpaksa dibatalkan.

Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 27 September di MITC Melaka terpaksa dibatalkan berikutan masalah dalaman yang serius berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap.

Maka, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit, selaku penganjur, Syarikat Gold Earth Pictures telah membuat pertemuan dengan Ziana dan mencapai kata sepakat untuk membatalkan konsert tersebut.

Screen Shot 2014-07-07 at 11.46.36 AM

Harapan Ziana Zain untuk adakan konsert tertunda lagi

Oleh itu, buat para peminat yang sudahpun membeli tiket konsert tersebut, wang anda semua akan dipulangkan mulai 3 Julai hingga 3 Ogos depan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Faizal di talian 017-6209269.

Tak mengapalah Kak Ziana, mungkin impian untuk mengadakan konsert berskala besar itu akan terlaksana jua satu hari nanti. Yang penting, nama Ziana Zain masih lagi terpahat dalam jiwa para peminat semua.

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×