Hasrat penyanyi Aisha Retno untuk mengadakan konsert sulung yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini tidak kesampaian apabila pihak penganjur membatalkan acara tersebut.
Artikel Berkaitan: Dialek Kelantan & Pakaian Muzik Video Samudera Dikritik, Aisha Retno Minta Maaf
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Faham & Terima Jadual Kerja Saya Yang Padat’ – Aisha Retno Mengaku Sudah Berpunya
Tiket tak laku
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Kharisma Music International selaku penganjur memberitahu konsert Aisha Retno Malam Sutera terpaksa dibatalkan kerana jualan tiket yang tidak mendapat sambutan.
Kami dengan dukacita mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab jualan tiket yang rendah.
Pihak pengurusan artis juga tidak bercadang untuk menangguhkan konsert tersebut.
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Keputusan ini bukanlah dibuat tanpa berfikir panjang. Terima kasih kerana memahami.
Dalam pada itu, Kharisma Music International memberitahu pembeli yang sudah membeli tiket akan menerima pulangan wang mereka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.
Sementara itu, Aisha menerusi sebuah hantaran di Instagram Story berkata, dia akan menjelaskan mengenai pembatalan konsert tersebut dalam masa terdekat.
Nanti saya akan ceritakan semuanya. Jalan terus walaupun sakit.
Sumber: Instagram