Setelah 14 tahun Drama Band berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air, akhirnya mereka telah mengadakan konsert sulung yang diberi nama “The Hardest Malam Drama”. Tahniah!
Artikel Berkaitan: ‘Allah Dah Bagi Rezeki Yang Sebegini, Jadi Diri Sendiri! Sentiasa Merendah Diri & Jangan Sombong’ – Isteri Aepul Roza
Artikel Berkaitan: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000!
Artikel Berkaitan: Pasangan Aepul, Leez Rosli Juara Famili Duo, Nyanyian Haziq Hussni & Isteri Terima Pujian
4 jam hiburkan peminat
Drama Band dianggotai oleh Aepul Roza (Vokalis), Daus (Gitar Bes), Adib (GItaris), Padel (Gitaris), Syahmir (Pemain Keyboard) dan Faeez (Pemain Drum). Konsert yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu, dibanjiri hampir 2000 orang.
Pengumuman tentang konsert “The Hardest Malam Drama” telah diadakan pada sidang media lagu terbaru mereka, FYP pada 22 Ogos lalu. Konsert ini juga turut diinspirasikan dari persembahan unik Aepul Roza (selaku vokalis Drama Band) di program realiti The Hardest Singing Show.
Persediaan konsert yang mengambil masa kurang dari 2 bulan itu dianggap sebagai ‘kerja gila’ dari Drama Band, juga menjadi bukti semangat dan komitmen yang diberikan setiap dari mereka.
Konsert ‘The Hardest Malam Drama’yang berdurasi 4 jam itu, turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Sharul Kamal, Yus Zainal, Tekki Band & Madam Band.
Drama Band telah mempersembahkan 23 buah lagu menerusi tiga segmen. Mereka turut menampilkan artis duet jemputan iaitu Putera Muhammad dan anak didik Aepul Roza di The Chosen One musim ke-2, Kiki Fateeha.
Di samping itu, Aepul turut menyanyi dua buah lagu bersama isterinya iaitu Leez Rosli.
Mimpi jadi kenyataan
Menurut Aepul, Konsert sulung Drama Band ini seolah mimpi mereka berjaya menjadi kenyataan.
Kami sangat teruja, konsert kami ‘full house’! Dan kami berjaya realisasikan persembahan sebuah band dengan banyak elemen aksi lasak dalam satu konsert. Kami bersyukur, gembira dan puas dengan maklum balas yang positif dari semua.
Tidak dapat dinafikan, Drama Band telah berjaya menampilkan persembahan yang penuh bertenaga sepanjang konsert, ditambah lagi dengan elemen persembahan yang penuh aksi lasak serta berisiko yang dilakukan oleh Aepul Roza bersama para penari professional dari Zyhy Production.
Antara aksi ‘stunt’ yang memukau penonton adalah aksi lompatan tinggi, bermain trampolin, memiijak serpihan kaca, mengimbangkan badan di atas papan luncur dan bermain drum ‘hydraulic’ yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton.
Persembahan Drama Band mendapat sorakan hebat dari awal konsert sehingga penghujungnya. Kejayaan konsert sulung Drama Band ini telah membuktikan bahawa mereka masih mendapat sambutan serta sokongan yang padu dari para penggemar muzik di Malaysia.
Drama Band berjanji akan terus berkarya untuk kekal relevan mengikut keperluan dan permintaan arus perdana.