Konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ anjuran syarikat penganjur terkemuka negara, Orange International Entertainment mencatat sejarah baharu apabila sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah seperti Azharina Azhar, Ayu Damit, Salma, Adira, Marsha Milan, Nikki Palikat, Bella Astillah, Didi Astillah dan Wani Kayrie berjaya memukau ribuan penonton di Zepp, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Umum Sertai Konsert Sumandak Stars – ‘Saya Dah Jumpa Pihak Penganjur & Tahu Tugasan Saya’
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Kunci Mulut Berhubung Kontroversi Konsert Sumandak Stars – ‘Saya Belum Jumpa Penganjur Untuk Berbincang’
Artikel Berkaitan: Queen Of Soul Azharina Azhar & Ayu Damit Bakal Meriahkan Konsert A Night With Sumandak Stars
Pembukaan dan penutup yang sangat wow!
Malam konsert dibuka dengan persembahan tarian daripada para penari diikuti persembahan bertenaga daripada kesemua artis. Mereka menyanyikan lagu ‘Sumandak Sabah’ sambil memperkenalkan diri masing-masing
Kemudian, Wani Kayrie tampil menyanyikan lagu ‘Aiman Tino’ dan lagu medley ‘Crazy In Love X Bang Bang’ dengan aksinya tersendiri. Persembahan disusuli oleh Ayu Damit dengan lagu ‘Hanya Di Mercu’ yang mengembalikan nostalgia ketika dia menjuarai pertandingan realiti ‘One In A Million’ musim ke-2 hampir dua dekad yang lalu.
Marsha Milan pula menyerlah dengan lagu wajibnya, ‘Cinta’ yang meraih kedudukan naib juara di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).
Manakala duo adik-beradik genit, Bella dan Didi Astillah, membuktikan bakat generasi muda Sabah tidak kurang hebatnya mempamerkan lagu ‘Bermanja-manja’ bersama, diikuti Bella secara solo menyanyikan lagu hit ‘Tapi Bukan Denganmu’ dengan penuh emosi.
Persembahan terus hangat dengan penampilan Nikki Palikat bersama Adira Suhaimi dan Ayu membawakan bersama lagu ‘Drama’ dengan aksi yang mempesonakan.
Tidak ketinggalan, juara ‘Mentor’ musim ke-5, Salma mempersembahkan lagu ‘Aku Permata’, diikuti Adira menghiburkan penonton dengan lagu popularnya ‘Pujaan Hati’, dan akhirnya, ‘Queen of Soul’, Azharina memukau penonton dengan vokalnya yang padu melalui lagu ‘Rawan’, ‘Seandainya’ dan ‘Elegi Sepi’.
Azharina yang tampil dengan busana berwarna oren turut berterima kasih kepada Rafflesia kerana sudi menaja barang kemas bernilai RM2 juta.
Sebagai kejutan istimewa, kesemua artis bergabung di akhir acara untuk menyanyikan sebuah medley lagu ‘Anak Kampung’ dan ‘Original Sabahan’, mencetuskan suasana penuh keakraban dan nostalgia di kalangan mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, Dato’ Mohd Fadzli Idrus, pihaknya sentiasa mencari cara untuk mempersembahkan hiburan yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga bermakna.
Malam ini adalah bukti kehebatan bakat kelahiran Sabah yang telah mencipta nama di persada muzik tanah air. Sambutan hangat daripada penonton adalah penghargaan terbesar untuk kesemua artis yang terlibat.
Konsert ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah.
Video
View this post on Instagram