berita

Konsert Tahun Ini Dibatalkan Sebab Covid-19, Aishah Simpati Peminat Yang Dah Beli Tiket

July 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berikutan jumlah kes Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia, ramai individu terpaksa membatalkan kesemua perancangan aktiviti mereka sepanjang tahun ini. Di Instagram, penyanyi, Aishah meluahkan rasa sedih apabila konsert MPO dan Aishah : A Musical Journey yang sepatutnya berlangsung pada bulan April yang lalu terpaksa dibatalkan.

Macam-macam berita sedih

Macam-macam berita sedih hari ni. Salah satunya ialah pembatalan konsert bersama MPO disebabkan pandemik. Nampaknya belum ada redanya. Semua konsert untuk tahun ini dibatalkan.

Menurut Aishah, semua konsert pada tahun ini telah dibatalkan ekoran pandemik yang sedang berlaku. Tambahnya, segala perancangan bakal dibuat semula mulai tahun hadapan termasuk konsert MPO dan Aishah : A Musical Journey. Ujar Aishah lagi, dia sudah menjangkakan mengenai hal tersebut dan berasa sedih kerana peminat terpaksa membeli tiket semula.

Tetapi itulah kehidupan, kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau umur panjang and it is meant to be, kita akan jumpa di dewan yang berprestij ini. Yang penting, I tau ada dari you all di luar sana yang beli tiket untuk saksikan I buat persembahan. For that I am eternally grateful and I thank you. Insyaallah kita jumpa tahun depan.

Rezeki tahun hadapan

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih sebaik sahaja mendengar berita mengenai pembatalan konsert tersebut. Namun begitu, mereka berdoa semoga wabak ini akan segera berakhir dan mereka dapat menonton konsert penyanyi kesayangan mereka pada tahun hadapan.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×