Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur ditangguhkan sehingga Julai tahun depan bagi menghormati peminat yang terkesan dengan bencana banjir.
Artikel Berkaitan: Fenomena Mawi Kembali, Konsert Tsumawi 20th Mawi World Bakal Gegarkan Kuala Lumpur – ‘Ini Hadiah Untuk Peminat’
Artikel Berkaitan: Mawi Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni – ‘Cuma Saya Pesan Dekat Cahaya Jadi Artis Yang Baik’
Mangsa banjir
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Showtag Asia selaku penganjur mengeluarkan kenyataan mengenai konsert pelantun lagu ‘Kalah Dalam Menang’ itu yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari tahun hadapan.
Ujarnya, Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlarutan sehingga Mac 2025 sekali gus menjadi asbab tarikh asal ditunda.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa, khususnya bagi menghormati para peminat dari negeri-negeri yang terkesan akibat bencana banjir.
Laporan terkini dari Jabatan Meterologi Malaysia turt mengesahkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlaturan sehingga Mac 2025.
Persiapan rapi
Dalam penangguhan ke tarikh baharu, penganjur akui iainya satu peluang untuk memastikan persiapan konsert yang lebih baik untuk peminat yang hadir.
Penundaan ini juga memberi kami peluang untuk memastikan persiapan lebih rapi, sekali gus menawarkan pengalaman konsert yang lebih baik kepada peminat.
Kami percaya langkah ini adalah yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.
Berikutan itu, pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penundaan tarikh Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur di Megastar Arena, Kuala Lumpur.