Projek Melaka Gateway merupakan projek hebat yang melibatkan pembangunan 12 kawasan termasuk kediaman, komersial, budaya, hiburan, dan gaya hidup. Ini juga meliputi pembangunan di tiga pulau dan dua di antaranya akan dibuat oleh manusia.
Tapi, projek ini berhadapan kontroversi sejak ia bermula pada tahun 2014. Ia dikatakan sebagai projek gajah putih selain menerima reaksi negatif dari komuniti Kristang iaitu kumpulan etnik Portugis di Melaka.
“Saya mahu penduduk Melaka ada peluang lebih baik..”
Dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd dan pengasas projek Melaka Gateway mengulangi matlamatnya untuk menghidupkan semula Melaka sebagai hab perniagaan global.
Menurut Ong, kelebihan strategik Selat Melaka menjadi sia-sia kerana Melaka berada di laluan perkapalan dan perdagangan utama.